Monday, November 28, 2011

Assalamualaikum..

Semalam cf post gambo lasagna yang cf buat..pastu Cik Eka nak resepi..

Memang dah ada niat nak kongsi kat sini..tapi cepat betul cik eka tu komen..orang suka masak la katakan..hehehe



Atas garing..dalam lembut dan sedaaaappp..


Ok..jom mulakan.

Bahan ( makan 3-4 orang ) :

lasagna ( Cf guna jenama San Remo - kotak merah )

keju masak ( cf guna Philadelphia kotak silver n tulisan biru )

daging kisar ( ayam @ lembu )

mushroom ( cf guna jenama Ayam Brand )

susu segar (cf guna jenama HL atau Dutch Lady )

sos spaghetti Kimball ( cf amik perasa cendawan )

tepung gandum ( sikit je )

Bawang besar

Bawang putih

Garam

Gula

Keju mozarella ( kalo xnak pun xpe.tapi letak lagi sedap la )

serbuk daun origano (cf xguna.tapi kalo korang nak letak boleh untuk bau lasagna tu sedap sikit)

( Bahan2 kat atas ni cf amik sume ada tanda halal )


Langkah pertama

Rebus lasagna sheets tu sampai agak2 lembut..pastu toskan..dan jangan tindih2 kan lasagna tu masa lepas tos..nanti melekat..susun sekeping2 atas dulang lagi senang.

Langkah kedua ( sos merah )

1.Potong dadu bawang besar dan bawang putih

2.Hiris mushroom ( saiz ikut citarasa masing2 )

3.Panaskan minyak dan tumis bawang sampai kuning

4.masukkan sos spaghetti

5.Lepas sos mendidih, masukkan daging@ ayam kisar

6.tunggu daging masak, pastu masukkan mushroom,

7. masukkan garam dan gula secukup rasa

8.masukkan sedikit serbuk daun origano (untuk bau bagi harum je ni )

9.nak pekat atau cair kuah sos merah ni ikut citarasa masing2 ek..kalo nak cair, korang tambah air sikit.

Panaskan oven 190

Langkah ketiga( sos putih )

1.panaskan periuk dengan minyak

2.masukkan tepung dalam 2-3 sudu

3.kacau tepung sampai kuning (kalau pekat sangat,tambah minyak lagi )

4.masukkan susu segar dan 2 sudu cheese philadelphia tadi

5.kacau sampai hancur ( kalo berketul2 sikit tu biar je..janji rasa dia sedap..hehehe )

6.Kuah sos putih biar pekat dan agak2 boleh dikacau dengan sudu ( xcair sangat dan xpekat sangat )

Langkah terakhir

1.Sediakan bekas untuk bakar lasagna ni ( pastikan bekas tahan oven ok )

2.lapisan pertama :susun lasagna sheets atas bekas

3.lapisan kedua : letakkan kuah sos merah ( ketebalan ikut citarasa korang )

4.lapisan ketiga : letakkan sos putih ( letak sederhana je..kalo banyak sangat nanti takut korang muak..tapi kalo sape suka boleh je letak banyak2 )

5.ulang lagi buat ketiga2 lapisan tu sampai habis korang punye sos putih dan merah..sekurang2 nya buat la 2 @ 3 lapisan..baru sedap..

6.lapisan yang terakhir mesti sos putih tau.

7.Pastu taburkan keju mozarella kalau suka.( cf xletak pun )

Dah siap..korang bakar dalam oven dalam masa 30 minit atau sampai bahagian atas nampak garing..

Sedaaaapppp sangat..abang ipar cf sampai suh wat 2 kali...hehehe..rasa dia cam lasagna Secret Recipe..dan sos putih tu macam lasagna Pizza Hut..

Cik eka kalo dah buat kena bagi akak ek..hahahaha

p/s : sos merah tu boleh gak makan ngan spaghetti...:):):)



Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

9 comments:

maszull said...

assalamualaikum Fad...bestnya lasagna tu rasa lapar la plak ni...:)

p/s nak cuba la resepi Fad ni mana tahu jadi ke....:)

Azzah said...

macam sedap je..nak try jugak la

Cik Eka said...

wahh bahan2 nak buat dia semua agak berbilai yer..hihihihi

nak cuba jugakla...

tq kak

lieynanilaz said...

wah cf....nyum..nyum..

CikGu Ma said...

nak rasa ...huhuhu

kotak bulat said...

byknya bahan... =.='
insyaallah kalau rajin nti nak try..hehehe

cik najihah said...

wah bole la watkan nnt hihi

ciksufi said...

bleh pinjam resepi nnt :)

Santri T.P.I.N.I said...

sedapnya dila...untung abg amin yer! dapat mkn lasagna hari2...