Thursday, July 3, 2014

Assalamualaikum..

Korang pernah ke Kuala Pilah?Pernah ke Seri Menanti? Kalau tak pernah, datangla ke sana menginap di seri menanti resort...

Apa yang best kat sana?Sahabat Media aritu ada buat event kat sana...CF join dan aktiviti yang ada masa event tu memang tak sama dengan event kat hotel lain...rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak..

Sebelum CF cerita lebih panjang, CF nak cerita sikit latar belakang Seri Menanti.

Seri Menanti ni adalah satu kawasan yang dikelilingi kehijauan dan bukit bukau.Ianya adalah kawasan petempatan dan pusat pemerintahan Raja-Raja Negeri Sembilan pada masa dulu.

Di Seri Menanti ada Resort yang sederhana sebagai tempat penginapan untuk sesiapa sahaja yang berkunjung ke Seri Menanti ini sama ada pelancong luar ataupun sanak saudara penduduk Kuala Pilah yang pulang ke situ.

Bersebelahan Resort Seri Menanti terletaknya Istana Lama Seri Menanti.Istana ni cantik sangat..Cf suka reka bentuk istana tu sebab nampak unik.Istana Lama Seri Menanti menjadi ikon keluarga Diraja Negeri Sembilan.Sebab tu la keaslian reka bentuk istana ni masih dikekalkan dan  masih utuh sampai sekarang.

Istana Lama Seri Menanti

Istana ni ada 4 tingkat..aritu CF naik sampai ke tingkat 4..tangga nak naik ke atas tu buat CF kecut perut..tapi yakinkan diri boleh..hahaha..so sampai jugak ke atas..CF takde pulak gambar tangga tu... external hard disk CCF tak boleh buka..jadi banyak gambar yang tak dapat share kat sini.

Istana ni pelan asalnya direka oleh Kahar dan Taib.Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sultan oleh Tuanku Mahmud.

Masa event dengan Sahabat Media dan tourism Malaysia tu, macam2 aktiviti yang kami buat kat sini..main tarik upih, main bowling kelapa, makan berselo...macam balik kampung dah tau tak..hehe..mana ada dah besar panjang ni kita main benda camtu lagi...kecik2 je dulu buat semua benda tu...itupun kalau yang ada kampung.Macam ada sorang sahabat CF tu budak bandar, memang tak penah merasa la main tarik upih..sebab tu la dia beria sangat main benda2 tu semua aritu..hahaha

Apa yang lebih menarik, masa aktiviti permainan tradisional tu kami semua digalakkan pakai kain batik dan kain pelekat...nampak kampung sangat kan...hehe..baru la tau saat tu sape anak2 dara dan mak2 dara yang tak reti pakai kain batik...ada juga teruna yang tak tau ikat kain pelikat..haha
 
 Yang tak pakai kain pelekat tu la insan yang tak reti ikat kain..haha

Pada waktu malam pulak kami dijamu makanan tradisonal negeri sembilan dalam satu majlis makan malam yang dipanggil makan berselo.
 
 
Makan berselo

Gaya makan berselo ni macam makan bersila kenduri kat kampung2..menu yang di hidang antara yang menjadi kegemaran CF adalah sambal pucuk kayu..sedap..mana nak jumpa kat selangor?haha..memang takde la...sape nak rasa sambal pucuk kayu tu ada kawan yang bagitau CF sambal tu boleh dibeli kat pasar pagi ahad kat stadium Seremban..kalau tak silap CF la..sambal tu dah siap dengan tempoyak sekali..tinggal masak atas api je..cara nak buat leceh sikit..sebab kena hiris halus pucuk kayu yang ada 7 jenis tak silap CF.Ni resepi orang dahulu kala..hehe
 

Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Mukhriz hadir Press Conference


Selfie dengan Putera berjiwa rakyat :)

Apa pun event bersama sahabat media di negeri sembilan akan sentiasa melekat di hati.Terima kasih  team Sahabat Media, Tourism Malaysia, Tourism Negeri Sembilan dan Santai Travel.InshaAllah ada jodoh kita bertemu lagi.













Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

1 comments:

anajingga said...

baru singgah dua minggu lepas, Istana di tutup kerja2 ubahsuai dijalankan... :)