Hai semua dan selamat berpuasa hari ke-21...Hari ni Cf sambung sebahagian lagi perkara makruh dalam solat okey.Sape yang belum baca bahagian 1 klik sini :
7) Berpaling muka dengan dada masih mengadap kiblat tanpa sebarang sebab ( kalau dada turut berpaling dari kiblat maka batal solat itu)
8) Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.
9) Bersolat dalam keadaan menahan diri dari membuang air kecil atau besar atau menahan daripad akentut.
10) Bersolat dalam keadaan badan bersandar di dinding atau sebagainya.
11) Membaca surah dalam dua rakaat terkahir solat fardhu kecuali makmum yang masbuq (masbuq iaitu yang tertinggal rakaat pertama dan kedua.
12) Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.
13) Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.
14) Mengerjakan solat dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian kerja sekiranya ada pakaian lain ( jika pakaian itu kotor )
15) Solat tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.
16) Solat dengan pakaian yang ada gambar binatang atau manusia.
17) SOlat di tempat berikut ; bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat sembelihan dan kandang binatang.
Okey...itulah semua perkara makruh dalma solat yang harus kita elakkan daripada melakukannya secara sengaja.Selamat beramal.
Klik bawah untuk share.Terima kasih.

11 comments:
terima kasih kerana mengingatkan..kdg2 kita terlupa perkara yg kita sbnrnya tau..
owh.. ada yang baru hari ni aku tau... thanks yer...
thanks for sharing. :)
maceh ka ustazah ! :)
hehe..ade yg anis tak tau buat kak..huuuu..try tak buat dah pas nie
heheh xde pape kak.. akak xon9 pesbuk keee
thanks for sharing. :)
akakkkkk.. kad raya dah sampai..!!!!!!!!!!!!! thanksss kak.. cantik hehe.. malu plak, nina pnya kad raya tulih comot jer... hehehe
salam Cikgu Fad,
Kancil tag cikgu Fad dalam satu segmen...kalau sudi join sekali dengan kancil...
http://kancil8349.blogspot.com/2011/08/segmen-phat-corner-segmen-di-mana-anda.html
mekaseh cikgu fad for sharing this...
tq ye cikgu for info..kdg2 takut was2 je msa solat...sya folo cikgu.)
Post a Comment