Saturday, August 20, 2011

Assalamualaikum...

Alhamdulillah mulai hari ni, Cikgu Fad nak mulakan satu segmen dalam blog ni..iaitu segmen "Tahukah Anda".segmen ni akan berkongsi dan berbincang dengan blogger yang datang sini berkaitan solat, ibadah dan hukum-hakam.

Dalam segmen ni korang sume boleh beri pendapat dan maklumat yang korang tau dan Cikgu akan publish komen untuk semua blogger baca pendapat anda.Kalau nak tanya soalan secara peribadi korang boleh add facebook cikgu dan tanya kat sana.

Untuk tajuk segmen Tahukah Anda yang pertama adalah :

Perkara makruh dalam solat.

"Secara umumnya ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh adalah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan al-Sunnah.Sekiranya seseorang melakukan solat secara makruh, sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula jika waktu solat masih ada."

Antara perkara makruh dalam solat adalah :

1) Meninggalkan perkara sunat dalam solat dengan sengaja.cth : Doa iftitah

2) Melakukan bacaan menyongsang dari susunan al-Quran.cth :baca dari ayat 5-1.

3) Membaca dalam rakaat kedua bacaan surah lebih panjang dari bacaan surah rakaat pertama.

4) Mengulangi surah yang sama dalam satu rakaat atau dalam 2 rakaat.cth : baca dua kali surah al-Ikhlas dalam rakaat pertama...atau rakaat yang kedua pun baca surah al-ikhlas.

5) Melakukan sesuatu perkara dengan tangan tanpa sebab yang perlu.

6) Memejamkan kedua mata tanpa keperluan.

p/s : sebahagiannya akan bersambung dalam sesi kedua.

Klik bawah untuk share.terima kasih.






Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

7 comments:

Santri T.P.I.N.I said...

kalau nak baca surah dulu dari al fatihah, boleh tak?

sifu im said...

betul tu..doa ifititah kadang2 aku tinggal gak

Fad said...

santri :blh asalkan jangan tinggal fatihah sebab itu rukun

.*.WiE.*. said...

kalau nak garu hidung boleh tak?

Fad said...

wie:blh..danpergerakan tak boleh 3x..tp kalau boleh elakkan..:)

Mya said...

thanks atas info ini alhamdulillah =)

padlie said...

Bagus maklumat ni..
Ada yer org buat perkara kedua tu...