Thursday, August 4, 2011

Assalamualaikum..



Setipa insan, setiap manusia pasti memiliki naluri ingin dikasihi dan mengasihi.Cinta kepada Allah itu yang hakiki.Cinta kepada manusia sukar ditemui.Mengapa?

Rupa paras tak menarik?

Dia cantik, memangla ramai peminat..aku ni sapelah yang nak..bukan cantik cam dia..

Pernah terfikir camtu?Istighfarlah segera.Anda silap kalau berfikiran seperti itu..Kenapa hendak salahkan ciptaan Allah?Ciptaan Allah semuanya cantik dan terbaik..Cantik itu juga subjektif..berbeza-beza penilaian setiap manusia.Bagi cf si dia cantik, tapi bagi kamu dia biasa-biasa je.

Tidak berpelajaran?

Ini bukanlah faktor utama..ramai lagi insan di luar sana yang tidak berpelajaran tinggi masih ada yang sudi menyayangi.

Terlalu memilih?

Sila tanya pada diri sendiri adakah anda begitu?Ya..kita memang perlu bersikap memilih dalam soal jodoh..tetapi biarlah bersederhana..dari segi agama, sikap dan latar belakang si dia.Jangan mencari suami sesempurna bidadara dan mencari isteri secantik bidadari.

Tiada calon?

Mungkin...ini mungkin terjadi disebabkan persekitaran anda yang kurang teman berlainan jantina.Keadaan seperti ini baik dari segi pergaulan kerana anda bukanlah lelaki/perempaun yang bebas.Namun anda mungkin berasa sudah cukup selesa bergaul sesama kaum sejenis yang telah menyebabkan jodoh sukar datang pada anda.Ubahlah sikap ini kerana pergaulan dalam islam masih dibolehkan asalkan menjaga batas-batas syariat dan tidak berlebih-lebihan.

Apa yang cf taip di atas mungkin terjadi pada anda.Tetapi antara sebab mengapa sukar mendapat jodoh adalah :

Pandanglah pada diri sendiri :

Apakah kita terlalu menganggap diri kita sebaik dan semulia Siti Khadijah.

Adakah kita merasakan diri lebih baik dari teman-teman lain?

Adakah wujud sikap iri hati terhadap teman-teman yang sudah dimiliki dan memiliki?

Apakah kita telah bersikap terbuka dengan semua orang?

Adakah sikap kita disenangi semua orang?Andaikan tidak maka berubahla segera.

Adakah kita terlalu menurut kata hati yang mahukan lelaki/wanita sepadan dengan kehendak anda?terimalah dia seadanya.

Takut dikatakan perigi mencari timba?Pandanglah diri sendiri.Jika anda yakin dengan kata hati, mulakanlah langkah.Sedangkan Siti Khadijah meminang Nabi s.a.w.

Seandainya kenyataan di atas ada di dalam diri anda, siapkanlah diri untuk berubah.Pandang ke hadapan dan teruskan perjalanan hidup.Jodoh dan pertemuan kita telah ditentukan Allah.Tetapi kita harus berusaha.Bukan hanya berusaha mencari, tetapi berusahalah memperbaiki diri.Semoga Allah mendekatkan jodoh kita dan semoga dia semakin menghampiri kita.

Bersangka baiklah kepada Allah.Setiap yang terjadi pada kita pasti ada hikmahnya.Mungkin jodoh anda lambat sedikit tetapi akhirnya nanti anda akan dikurniakan lelaki yang terbaik di sisi anda dan Allah.

Berusaha, berdoa dan bertawakal lah.

Akhir sekali, Nikmatilah hidup anda sama ada anda sudah menemui jodoh ataupun belum.Banyak lagi nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.Mengapa kita harus mengeluh hanya kerana belum dapat nikmat yang satu ini?

Renungkanlah...



Sila like di bawah untuk share dengan rakan-rakan anda.Terima kasih.

Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

10 comments:

HaFizaH aYu said...

kurg teman berlainan jantina tu slh satu faktor xde calon...huhu

Nasz said...

kadang2 sebab selalu dikecewakan. jadi malas dan takut nak cari jodoh. Takut ditipu lagi.

MOHD NASER.com

Unknown said...

yes. saya cerewet :/

cikgu said...

hafizah:pesanan ibu, abiskan blaja dulu br bercinta..huhu..kdg2 sbb ni gak..ada pro dan kontra

cikgu said...

nasz : jgn berputus asa..chaiyok2..hehe

cikgu said...

Fya: boleh cerewet..tuk kebahgiaan kita gak kan..hehe.

Hani Fakhitah said...

like3x...entri yg mnarik..kdg2..sush nk jangka apa yg ada kt hti..hti berkeinginan, kkdg2 mnfikn knpa ya?

anismelon said...

hehe..kalau hati masih terluka and tak ready na bukak lg cene kak??

cikgu said...

terima kasih kepada semua yang berkunjung dan tinggalkan komen kat sini..InsyaAllah cf akan dtg blog anda sume lepas ni..:)

cikgu said...

anis : yg tu mmg kena ubat dulu..akk faham camana rasa dilukai..skt xdpt digambarkan..