Hari ni sy berkesempatan nak berkongsi dengan anda sume...lama dah xde mood nak menulis...huhu..entry kali ni psl "gurau".korg suke bergurau?sy pun...sape suka dok sedih2 kan...hari2 mesti ceria br awet muda camni....hehe
Tapi....bergurau pun ada adab2 yg perlu kita ikut..xleh main hentam je...bukan apa..takut jadik citer lain plak nanti..niat hati nak hiburkan diri sendiri dan orglain,tp dlm xsengaja kita wat org sakit ati plak....entry ni untuk diri sy dan untuk korg....amik mana yg rasa sesuai...korg rasa pe adab2 yg perlu di jaga dlm bergurau ni?meh nengok cni...
1. Bersederhana - kalau asyik gurau je boleh jatuhkan kewibawaan org tu...kena ikut keadaan k.
2. Elakkan bergurau dgn org yg xsuka bergurau - takut kena hempuk je nanti..haha
3. BERKATA BENAR walaupun sedang bergurau...ingat..kita xley menipu walaupun dgn niat nak bergurau..ni bukan sy kata tp Nabi junjungan kita bersabda dlm hadisnya " Aku juga suka bergurau senda namun aku x menyatakan kecuali yg benar "(riwayat al-Tabarani).hati2 eh korg n sy..huhu..nak tau camana Nabi saw bergurau?tgu kat ujung entry ni la...
4. Jangan memperlekeh org - ini pun xbagus...sila elakkan.
5. Menjauhi bergurau dgn tangan dan kata2 yg buruk - bahasa pun kena jaga..biar nampak sopan dan xkasar.
6. Tidak banyak tertawa -bersederhana la maksudnya tu...sbb byk sgt ketawa boleh mematikan hati.mati hati ni contohnya susah nak buah kebaikan,susah nak dgr nasihat yg baik,xrasa menyesal bila buat dosa.
6 perkara kat atas ni cuba kita sama2 amalkan k...hidup biar beradab bukan hidup untuk biadap ~ al-Ghazali Bayruni.
Rasulullah pernah bergurau?pernahla....nak tau citernya...
Mengikut hadis yang bersumberkan daripada Hassan, ada seorang nenek datang menghadap Rasulullah. Di hadapan Rasulullah nenek itu berkata,“Wahai Rasulullah, doakanlah agar saya dapat masuk syurga.”. Kemudian baginda berkata, “Wahai nenek, ketahuilah bahawa di syurga tidak ada orang tua seperti kamu.
Sebaik saja mendengar jawapan Rasulullah, nenek itu terus menangis. Tetapi kemudian sambil tersenyum baginda bersabda lagi yang bermaksud,“Bukankah aku katakan bahawa tidak ada orang tua masuk syurga. Semuanya berubah menjadi gadis perawan.”
Selepas mendengar penjelasan Rasulullah, nenek itu terus berhenti menangis. Kemudian dia tertawa kerana mengerti bahawa dirinya kelak akan kembali menjadi gadis di syurga.
ok...habis.....tu je nak kongsi..lain kali sy tulis lg....moral arini buat sume benda haruslah bersederhana dan tidak berlebih2 ok...tata.
0 comments:
Post a Comment