Sunday, April 24, 2011

Assalam..

arini sy sibuk ajak suami gi pasaraya cari botol air tuk sy bw gi keje...sedang belek2 botol air mana yg sy suka..

Abg : ayg kena pilih botol yg ni..kan btl plastik ada bpa.bahaya...

Ayg : xnak la..susah nak bw.xde pemegang kat atas btl tu.

Abg : xnak caya abg ckp, amik yg ni....( sambil tunjukkan btl yg kurg sy berkenan)

Ayg : yg ni ok x..kecik n cantik..

Abg : ok..( sambil tersenyum ) sbb dia tau sy ni degil orgnya..huhu

balik umah br terfikir pe yg suami ckp kat pasaraya td...disebabkan sy ni agak mementingkan soal kesihatan, sy pun google pe yg suami ckp tu..sbb sy pun ada terbaca ttg bahaya btl susu yg ada bahan bpa ni..hasilnya sy jumpa kat blog dr zubaidi berkenaan bahaya botol plastik...fuh..rupa2 nya bpa ni bahan kimia yg bahaya tuk kita..sy terus ckp kat suami rugi beli btl air td....xnak guna la..tu la...degil ckp org tua...hi3..xpe..gelak la..sy mmg degil pun..haha

bukan pd btl susu baby je bahaya bahan kimia tu...sume bekas plastik ada tanda biasanya kat bahagian bwh ..sblm beli bekas plastik harap anda cek angka pe yg tertulis kat bekas tu ok...

meh baca bwh ni..info di ambil dr http://drzubaidi.com/blog/

Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polycarbonate. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol plastik, ia juga digunakan dengan meluas dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak.

Oleh kerana BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ia boleh terurai keluar dari botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulangkali, atau membasuh botol dengan air panas atau memakai botol yang sama pada waktu yang lama.

Walaupun masih belum ada kajian yang terperinci mengenai kesan BPA terhadap kesihatan manusia, namun banyak kajian telah membuktikan bahawa BPA telah memberikan kesan negatif pada kesihatan haiwan yang diuji.

Dos (µg/kg/day)

Kesan pada haiwan ( tikus dalam makmal) yang diuji

0.025

Kerosakan kekal pada saluran kencing

0.025

Perubahan dalam tisu payudara yang membawa kepada kanser payudara

1

Risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan ‘kesuburan’ dan menjadi kanser pada sistem pembiakan.

2

Menambahkan berat kelenjar prostate sebanyak 30%

2

Mempercepatkan akhil baligh dan merangsangkan kemahuan mencari pasangan hidup dan menikmati seksual

2.4

Mengurangkan hormone testosterone pada tikus jantan

2.5

Meningkatkan risiko kanser payudara

10

Sel prostate lebih berisiko menjadi kanser.

10

Mengurangkan sifat keibuan

30

Menukarkan kelakuan dan sifat jantina dalam otak eg lelaki bersifat seperti perempuan, perempuan bersifat seperti lelaki

50

Merosakkan saraf

50

Menyebabkan tiada telur ova yang dihasilkan dari kelenjar ovari

Ini membuktikan bahawa kesannya terhadap kesihatan masih besar. Ada sesetengah ahli saintis mengatakan haiwan yang diuji mempunyai kadar perkumuhan lebih perlahan berbanding dengan kadar perkumuhan manusia yang pantas lalu menyebabkan perkumpulan luar biasa sisa BPA terhadap tubuh haiwan itu. Namun saya menolak hujah ini.

Mungkin golongan saintis ini terlupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga mempunyai kadar perkumuhan yang rendah. Mereka sangat mudah mendapat kesan buruk BPA kerana banyak organ perkumuhan mereka (buah pinggang) yang belum matang. Pengumpulan bahan sisa BPA tentunya memberikan kesan yang negatif.

Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat pada 2009, telah mengesan secara purata sebanyak 2.8 ng/mL BPA dalam darah yang diambil pada 9 dari 10 talipusat bayi yang baru dilahirkan.

Di Malaysia, satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaya menunjukkan terdapat bukti penghuraian BPA dari botol susu ke dalam susu yang diminum oleh bayi. Sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu dianalisa dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi sisa BPA dalam julat 0.1 hingga 0.7 mg/kg.

Kajian itu juga memberitahu kadar penghuraian ini berlaku sebanyak tujuh kali ganda pada suhu lapan puluh darjah selcius, berbanding pada suhu bilik 25 darjah selsius. (Harian Metro, 15 Mac 2011)

Pada tahun 2009, Journal Environmental Health Perspectives 117 (11): 1639–1643, Gary Ginsberg dan Deborah C. Rice, menulis dalam artikel bertajuk Does Rapid Metabolism Ensure Negligible Risk from Bisphenol A?” memberitahu satu kajian yang dijalankan pada rakyat Austrian, Swiss dan Jerman, botol susu bayi yang diperbuat dari polycarbonate yang mengandungi BPA adalah sumber utama pendedahan bahan itu kepada kanak-kanak.

Satu laporan yang diterbitkan di TIME Magazine pula, bertajuk “The Perils of Plastic” memberitahu BPA terdapat dalam 93% air kencing wanita Amerika yang diuji. Ini sesuatu yang memeranjatkan kerana sisa BPA bukanlah unsur semulajadi dalam tubuh kita. Ia menggambarkan betapa kroniknya masalah ini.

Struktur BPA menyerupai hormon semulajadi estrogen. Bayangkan jika terlalu banyak pengumpulan sisa BPA yang menyerupai fungsi estrogen. Ini akan memberikan kesan negatif pada tubuh bayi, kerana mengganggu keseimbangan hormone yang diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.

Ia juga telah menyebabkan perkembangan yang tidak normal bagi perkembangan jantina. Kanak-kanak lelaki akan mempunyai lebih sifat ’perempuan’ kerana sistem hormon lelaki yang terganggu sementara kanak-kanak perempuan pula akan cepat mencapai akhil baligh dan mempunyai perasaan untuk cepat mencari pasangan dan menikmati seks..

BPA juga dikaitkan dengan risiko yang tinggi bagi penyakit kanser payudara, ovari dan prostate. Ia juga dikatakan menyumbang faktor bagi penyakit Attention Hyperactivity Disorder (ADHD) yang menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif.

Apabila memanaskan makanan dari bekas makanan yang diperbuat daripada plastik polycarbonate dan meminum air dari botol yang diperbuat dari BPA, ibu yang hamil telah mendedahkan janin yag dikandungnya kepada BPA.

Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif BPA kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, pada October 2009, sekumpulan 33 saintis yang telah mengkaji BPA menghantar surat kepada badan yang mengawal ubat dan makanan di Amerika Syarikat (FDA US) mengatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu membuangkan duit dan masa lagi dengan mengkaji BPA, kerana kesan negatifnya telah nyata dan BPA harus diharamkan.

Sebanyak lebih 900 kajian telah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal dan sekurang-kurangnya 80 peratus daripadanya menyatakan BPA menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Jadi apa pilihan yang kita ada untuk menjaga kesihatan anak kita? Cara terbaik ialah dengan menyusukan anak dengan susu ibu secara terus. Bagi ibu yang bekerja, amalan menyimpan susu ibu dalam botol plastik juga mendedahkan bayi pada kesan negatif BPA.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengharamkan penjualan botol susu yang mengandungi BPA pada 1 Mac 2012 dan dilakukan secara berperingkat. Ini selaras dengan peraturan 27 Akta Makanan 1985 yang mengharamkan penggunaan bungkusan berbahaya dalam industri makanan.

Oleh itu sehingga tarikh itu, penjualan botol susu yang mengandungi BPA masih berada di pasaran. Nasihat saya jika terpaksa menyusukan bayi dengan susu formula, elakkanlah menggunakan botol plastik. Pilih botol susu bayi yang diperbuat dari kaca.

Jika terpaksa juga mencari botol plastik, pilihlah botol yang tidak diperbuat dari plastik polycarbonate BPA. Lihat pada label ‘kitar semula’ yang tertera di bawah botol susu. Kebanyakan polycarbonate plastic dilabelkan dengan nombor “7” dalam label ‘kitar semula’ itu.

Tanda ‘recycle’ berbentuk segitiga dan mempunyai tiga anak panah yang mengelilingi suatu nombor. Secara amnya plastik yang ditandakan dengan nombor 1,2,4,5, dan 6 tidak mengandungi BPA. Manakala yang ditandakan dengan nombor 3 dan 7 mengandugi BPA.

Apabila menggunakan botol susu plastik, cuba elakkan dari membasuh botol menggunakan air panas atau sabun berulang kali. Cukup dengan membasuh dengan air paip yang mengalir.

Wanita yang hamil seharusnya mengurangkan memakan makanan yang telah ditinkan, meminum air dari botol plastik, atau memakan makanan terus dari bekas plastik. Bekas kaca dan aluminium adalah yang paling selamat.

Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com