Monday, August 5, 2013

Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan....
bahkan selalu sahaja menyebut dan mengenang yang jauh di sudut hati
Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh untuk nyata kamu sihat..
Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu ingat aku bulan..?..
tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku pancaran sinar...
di kala kamu mengambang
Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..Rindu..

-Muaz Hadi-


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

2 comments:

Nurzakiah Hanum said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Santri T.P.I.N.I said...

selamat hari raya dilla...