Thursday, January 19, 2012


Assalamualaikum..

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"


Inilah kata-kata yang sering cf ucapkan setiap kali memujuk sahabat
atau teman yang ditimpa kegagalan atau kekecewaan dalam hidup..

Tahukah kamu Allah itu Maha Penyayang?
Lantas mengapa kita sering mempertikaikan apa yang ditakdirkan oleh Allah?
Lebih2 lagi kalau apa yang menimpa itu mengecewakan kita...

Ingatlahah wahai teman..sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk kita..
Mungkin itu yang kau minta, tapi ada sesuatu yang lain yang lebih baik untuk kamu..
Disebabkan tu Allah tak tunaikan permintaan kamu..
Dan Dia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik untuk diri kamu...

Janganlah kamu menyalahkan oranglain di atas kegagalan kamu..
Pandanglah pada diri dan perbaiki kelemahan..

Tak semestinya sesuatu yang baik untuk insan lain adalah baik juga untuk kamu..
Fikirlah wahai insan...Janganlah kamu sesekali meratapi nasib diri..

Percayalah Allah itu Maha Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui..
Pasti ada hikmah di sebalik setiap yang berlaku..

Suatu ketika nanti kamu pasti akan sedar apakah hikmah di atas kegagalan itu..
Saat itu cf percaya kamu pasti bersyukur di atas takdir Allah yang lalu..

Ingatlah Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya..

Inilah pegangan hidup cf :

"Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya"


Klik bawah untuk share.Terima kasih.



Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

3 comments:

QueeN TerataI said...

betul tu CF.. queen setuju... :) apa pun yg berlaku jgn disesali...

maszull said...

asslamualaikum Fad...betul tu setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersembunyi hanya kita yg perlu sabar akan segala dugaan itu...:)

Cikgu Ma said...

salam...kak,

lamanya tak update blog...