Wednesday, October 12, 2011

Assalamualaikum..

Ini adalah penerangan secara ringkas.Harap maklum.

Perbezaan bacaan al-Quran ada 7 atau 10 imam...Cara bacaan yang kita guna kat Malaysia sekarang adalah dari riwayat Hafs dari Imam Asim.

Contoh perbezaan bacaan dalam al-Quran macam ni :

Dalam surah ad-Dhuha :

riwayat Hafs baca والضحى ( wadduha)

riwayat Warsy baca والضحى ( wadduhe)

Perbezaan bacaan macam kat atas tu tidaklah mengubah maksud ayat tersebut.

Macam orang kelantan sebut makan dengan make..makna tetap sama kan.

Hikmah dibenarkan membaca al-Quran dengan pelbagai riwayat ni supaya al-Quran mudah dibaca dan difaham oleh pelbagai bangsa dan loghat...Kat negara arab sana macam negara kita gak..bila dah masuk kawasan dan tempat yang berbeza macam kat hulu2, maka bahasa arab dia pun ada perbezaan mengikut loghat masing2..

Macam Malaysia...Ada orang kelantan,negeri 9, kedah, terengganu..lidah dan loghat diorang lain dengan bahasa melayu asli kan.

Kalaulah al-Quran hanya dibenarkan dibaca dengan satu bahasa standard sahaja, mestila susah orang yang dah biasa dengan loghat dia dan berbelitlah lidah diorang.Dengan pilihan riwayat yang ada, maka itu dapat membuatkan ramai orang tertarik untuk membaca al-Quran..lebih2 lagi masa islam baru berkembang dulu...

7 Imam qiraat As-Syatibi yang terkenal dan perawinya adalah :

1) Abu 'Amru
bin Al-Ala' ( perawinya adalah Ad-Duri dan As-Susi )

2) Ibnu Katsir ( perawinya adalah Al-Bazzi dan Qunbul )

3) Nafi' Al-Madani ( perawinya adalah Qalun dan Warsy )

4) Ibnu Amir Asy-Syami ( perawinya adalah Hisyam dan Ibnu Zakwan )

5) 'Asim Al-Kufi ( perawinya adalah Syu'bah dan Hafs.)Qiraat ini yang kita biasa baca.

6) Hamzah Al-Kufi ( perawinya adalah Khalaf dan Khalad )

7) Al-Kisa'i Al-Kufi ( perawinya adalah Abul Haris dan Duri )

3 Imam qiraat Al-Jazari adalah :

1) Abu jaafar ( perawinya adalah Ibnu Jammaz dan Ibnu Wirdan.

2) Yaaqub ( perawinya adalah Ruwais dan Rauh

3) Kholaf Al-Asyir ( perawinya adalah Isyaq dan Idris )

p/s : nak tengok dan dengar contoh kat TV tengoklah Akademi Al-Quran

Klik bawah untuk share.Terima kasih.






Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

17 comments:

Anum said...

great share

----- ----- said...

rase mcm tertinggal sesuatu...~~

cikgu said...

@cik xde nama : apa dia eh?:)

----- ----- said...

Perbezaan bacaan al-Quran ada 7 atau 10 imam....?

maksudnyer...

Al-Quran perbezaan bacaan = ada 7
perbezaan Imam = ada 10

yang kurangnyer perbezaan Imam...

cikgu said...

oooo.yg tu...mmg xletak...tu sbb kata ringkas..qiraat ada 2..ok.nti cf tmbah..thanks

----- ----- said...

ikgu Fad : maaf..terima kasih..hehe..:)

Niena Muhammad said...

:D

maceh kak ostajah

Acik said...

acik nak kena berguru lebih ni!

Hafizin Jamil said...

mana imam 3 lagi..?hehe

indahhiasan said...

gud info cf..

cf, kite dekat je.nnt bile2 mase boleh jumpe kan..

Cikgu Ma said...

kak..saya pernah blajar jgk..riwayat paling susah adalah Warsy iaitu murid Imam Nafi' (",)

Noraien said...

wahh,gud info :)

nice share cikgu fad .

----- ----- said...

Cikgu Fad : okey...maaf yeap..terima kasih..hehe..:)

aiEz said...

perkongsian yg baik..suka..:)

a said...

thanks kak fad sb kongsi =)

Uthman said...

Riwayat kholaf Qiraat Imam Hamzah susah sikit dr yg lain sbb banyak saktah .. tp yg senang sekali adalah riwayat ibnu kathir dan ibnu 'amir .
Di kelantan ada seorang ulama' qiraat yg hebat , generasi ke 3 tuan guru hj noh bin jamaluddin al kalantani , namanya TG HJ LUQMAN@PAK ADEK KUBANG KERIAN , dia banyak mengajar ana . Alhamdulillah !

Uthman said...

Riwayat kholaf Qiraat Imam Hamzah susah sikit dr yg lain sbb banyak saktah .. tp yg senang sekali adalah riwayat ibnu kathir dan ibnu 'amir .
Di kelantan ada seorang ulama' qiraat yg hebat , generasi ke 3 tuan guru hj noh bin jamaluddin al kalantani , namanya TG HJ LUQMAN@PAK ADEK KUBANG KERIAN , dia banyak mengajar ana . Alhamdulillah !