Tuesday, August 16, 2011




Jalan itu,tak akan ku jejak lagi...
Biar tinggal memori...
Aku tahu kau pasti mengerti...

Kerana dia aku kecewa...
Kerana dia aku terluka...
Kerana dia aku didusta...
Kerana dia diri merana...

Sahabat,
Pengorbananku kau persia...
Tanpa ku sedar kau cipta angkara...
Keikhlasanku tiada gunanya...
Kebaikan dicurah kau balas tuba...
Hati curiga,namun ku pendam rasa...
Kerana kita bagai saudara

Aku semakin tak mengerti...
Satu persatu kini ku ketahui...
Bagai mimpi tapi itu realiti...
Terpaksa akur dengan apa terjadi...

Menghukum dirimu tak akan sesekali...
Peluang kedua ku beri...
Mengharap kau berubah lagi..
Ku bimbing tanganmu mencari Ilahi..

Namun apa yang kau beri..
Aku didusta sekali lagi...
Adakah kau tidak mengerti...
Peluang tak akan datang berkali-kali..
Kemaafan tidak bermakna lagi..
Kini ku pergi membawa hati...

Biarlah aku hidup begini..
Pergilah dikau jangan kembali..
Hanya doa dan harapan menanti..
Semoga kau tak kan tersalah lagi..
Ingatlah Allah di dalam hati..
Agar dirimu sentiasa diberkati..

Bukan niat aku membenci..
Tapi hati tak mampu menanggung lagi..
Aku tenang hidup begini...
Daripada terseksa menahan hati..
Selamat tinggal kau dan memori.

Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

9 comments:

FARAH IZWANI RAMLI said...

sahabat sejati sentiasa di hati. :)

cik najihah said...

tetibe rase sedih bace ni kak :(
kak..akk sms je org buat baju tu..kalau call maybe die sibuk kot

Fad said...

jihah ada pengalaman camni ke?mmg sedih...

Kancil 8349 said...

sedihnya membaca...macam kisah2 lama plak

ArulchelseA said...

nak tukar sahabat tu kepada kekasih je.. bleh ke..kih kih kih.. yg lain dah sama dah.. :)

Anum said...

kekal dalam ingatan

el-janna said...

wah byk makne tu cikgu fad^^

EYFAalias said...

Wahh. buat sendiri ke ni? :)

anismelon said...

anis penah je jadi cam nie..huuu..tak kire dalam persahabatan or percintaan..sokmo kene..weeee..ape boleh buat..nasib badan..