Friday, July 1, 2011

Assalamualaikum...

Selamat pagi bloggers...Pagi2 jumaat ni jom kita sama2 menambahkan pahala..baca ni sama2...ni pun dikira majlis ilmu gak..hehe..Malaikat banyak dtg ni tgk..huhu..amin..semoga kita semua berada di bawah rahmatNya...

Antara Hasad, Ghibtah dan Munafasah

Ha...apa benda tu eh?Hasad tu tau la...ghibtah ngan munafasah tu apa plak?
Hasad, Ghibtah dan Munafasah ni sama tp xserupa...ada makna tersendiri..

Jom baca kat bawah ni...

1 ) Hasad


hoho..jgn tiru si comel kat atas ni k...:)

Hasad ialah berharap dan berusaha agar sesuatu nikmat yang dianugerahkan Allah kepada seseorang terhapus, luput dan lupus.
Hukumnya haram.Firman Allah swt yang bermaksud "Dan daripada kejahatan pendengki apabila ia dengki "surah al-Falaq ayat 5.

Dalam ayat ni Allah meminta kita berlindung daripada bahaya hasad.Jika sesuatu itu perlu kita jauhi, maka lebih2 lagi hasad tidak patut berada dalam hati kita.

2 ) Ghibtah



Kalo doktor cantik camni, ramaila org sakit kat dunia ni..:):)

Ghibtah adalah iri hati.Berharap nikmat yang dimiliki oleh orglain turut dimilikinya tetapi tidak berharap nikmat tersebut luput daripada orglain.

Hukumnya jika berkaitan urusan dunia adalah harus.Dan jika berkaitan urusan ibadah menjadi sunat.

3 ) Munafasah


Bersainglah secara sihat..:)

Munafasah ialah bersaing untuk mencapai sesuatu sebagaimana yang telah dicapai oleh orglain.

Hukumnya harus tetapi tidak perlu keterlaluan sehingga melangkaui batas kemampuan seorg manusia.Munafasah juga dibenarkan hanya pada perkara2 yg dibenarkan agama dengan cara yang dibenarkan syariah.Sebaik2nya bersainglah dgn diri sndiri mengikut konsep

" semoga hari ini aku lebih baik dari semalam "


Abdullah bin Mas'ud meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda :"Tidak boleh hasad (ghibtah) kecuali kepada 2 org iaitu org yg Allah anugerahkan kepadanya harta lalu dia infakkan pada jalan kebaikan dan org yg Allah berikan ilmu ( al-Quran dan Sunnah ), ia menunaikan dan mengajarkannya "

Agak2 faham x..faham kan sume...:)..kalau ada yg nak bertanya lebih lanjut, dialu2kan..insyaAllah sy akan jwb semampu sy...kongsi-kongsikan...sebar2kan pada kwn2...dan selamat beramal...:):):):):):):):):):)...arini kena senyum lebih cket sbb ada org belanja nasi lemak..ngehhh3..

*rujukan solusi isu no 32
Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

4 comments:

The Lying Eyes said...

ustazah macam mana kalau penjelasan kpd... UJUB , RIAK & SUMAH ?

cikgu said...

ust kahirul lebih arif..

ujub iaitu berbangga dgn diri sendiri sehingga merasakan diri dia adalah yg paling bagus dari orglain

riyak tu menunjuk2 amalan yang dibuat untuk dpt blsn dunia..ia termasuk syirik..yg plg kecik..

sum'ah iaitu beramal supaya didengar orglain...

klau ada slh ust khairul tlg betulkan k..

fa said...

kucing dkt atas tu comel... hehehe.. :)

cikgu said...

fa : haha...mmg pun..rasa nak peluk2 je...hehe