Sunday, June 26, 2011


Haaa...laparla tu tgk burger kat atas ni....sy dah sarap...korg?meh baca bwh ni dulu....

-Alangkah bahagianya jika waktu usia kita telah beranjak senja, kita masih memiliki harta yang tak ternilai harganya iaitu sihat. Sihat diwaktu kecil, dewasa dan ketika tua merupakan impian setiap orang.

Pernahkah anda bayangkan bagaimana Rasulullah menjaga kesihatan sepanjang usianya? Dalam sejarah tercatat bahwa Rasulullah hanya dua kali dalam seumur hidupnya merasakan sakit iaitu ketika disihir oleh ahli sihir pada zamannya dan merasakan demam dan sakit kepala manakala beliau merasakan sakaratul maut.

Dalam sejarah Islam pada zaman Rasulullah SAW penduduk Mekkah selama dua tahun berturut – turut tidak pernah sakit. Bahkan, dua orang tabib yang pernah diutus oleh raja romawi untuk membantu umat Islam di Mekkah merasa jenuh dan bosan sbb mereka tidak bekerja apa – apa disana. Akhirnya mereka minta izin kepada Rasulullah untuk pulang ke Negara mereka. Dalam kisah tersebut diceritakan sebelum tabib itu pulang mereka terlebih dahulu bertanya kepada Rasulullah mengenai umat Islam pada saat itu.

Wahai Rasulullah,”Sebelum kami kembali ke Negara kami ada satu hal yang ingin kami tanyakan kepada Engkau.Mengapa umat Islam di negara ini tidak ada yang sakit selama dua tahun berturut – turut?” tabib itu bertanya. Kemudian Rasulullah menjawab,”Kami adalah umat yang makan ketika merasa lapar dan berhenti makan sebelum kenyang .“

Dari kisah di atas telah jelas bahwa islam sangat teratur dlm menjaga kesihatan. Selain gaya hidup yang sihat Rasulullah juga mengajarkan gaya makan yang sihat.

Dalam sebuah hadis dikatakan “ Tidak ada wadah yang lebih buruk yang dipenuhi oleh seorang manusia selain perutnya. Dia sebenarnya hanya membutuhkan beberapa suap untuk menampung hidupnya. Kerana itu, perut perlu dibahagi menjadi tiga bahagian; sepertiga untuk makanan,sepertiga untuk minuman, dan sepertiga untuk udara.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, Hakim, dan Ibnu Hibban)

Makanan dapat menyerang, merugikan dan mengubah fungsi normal tubuh badan jika jumlahnya berlebihan bahkan sumber berbagai penyakit datangnya dari perut. Maka dari itu jika kita tidak boleh menjaga perut kita maka akan timbul pelbagai penyakit, yang sebahagiannya memerlukan waktu lama untuk sembuh.

Artikel kat atas untuk peringatan sy dan anda semua...punca segala penyakit mmg dr perut kita...apa yg kita mkn di masa muda inilah yang akan menyihatkan atau memberi penyakit pada kita di kemudian hari dan di waktu kita tua nanti...kurangkan makanan berlemak, kolesterol tinggi, asid tinggi mcm seafood,mknan yg berangin cth pucuk ubi, pulut, yang plg pntg jgn mkn kipas angin...hehe..

Artikel kat atas ni sbnrnya pesanan suami tuk sy...dia amik berat bab mknan yg sihat ni...sy mkn burger sebulan sekali pun dia bising..huhu...jd sy kongsikan tuk anda semua...sharing is caring right!

Antara mknan yang menjadi amalan Nabi saw adalah :

(Hadis Nabi saw : "Barangsiapa yg memakan 7 kurma di pagi

hari ia akan selamat dr bisa, racun dan sihir pada hari itu".

Dikeluarkan oleh Imam bukhari 10/203, dan oleh Imam Muslim)


Minum susu kambing adalah sunnah Nabi saw.


(hadis marfu’ riwayat Abu Hurairah yang berbunyi "sesiapa yang makan madu tiga kali sebulan pada waktu pagi, dia tidak akan ditimpa penyakit berat")


Renung2kan dan selamat beramal!:):)

Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

2 comments:

kotak bulat said...

em..kne jga mkn nmpknya..kb mmg jga mkn kebelkangan ni..nk diet.. :P

sergeant keroro said...

nice sharing :)