Monday, August 18, 2014
Thursday, August 7, 2014
Wednesday, July 9, 2014
Thursday, July 3, 2014
by cikgu on 9:31 PM
1 comment
Assalamualaikum..
Korang pernah ke Kuala Pilah?Pernah ke Seri Menanti? Kalau tak pernah, datangla ke sana menginap di seri menanti resort...
Apa yang best kat sana?Sahabat Media aritu ada buat event kat sana...CF join dan aktiviti yang ada masa event tu memang tak sama dengan event kat hotel lain...rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak..
Sebelum CF cerita lebih panjang, CF nak cerita sikit latar belakang Seri Menanti.
Seri Menanti ni adalah satu kawasan yang dikelilingi kehijauan dan bukit bukau.Ianya adalah kawasan petempatan dan pusat pemerintahan Raja-Raja Negeri Sembilan pada masa dulu.
Di Seri Menanti ada Resort yang sederhana sebagai tempat penginapan untuk sesiapa sahaja yang berkunjung ke Seri Menanti ini sama ada pelancong luar ataupun sanak saudara penduduk Kuala Pilah yang pulang ke situ.
Bersebelahan Resort Seri Menanti terletaknya Istana Lama Seri Menanti.Istana ni cantik sangat..Cf suka reka bentuk istana tu sebab nampak unik.Istana Lama Seri Menanti menjadi ikon keluarga Diraja Negeri Sembilan.Sebab tu la keaslian reka bentuk istana ni masih dikekalkan dan masih utuh sampai sekarang.

Istana Lama Seri Menanti
Istana ni ada 4 tingkat..aritu CF naik sampai ke tingkat 4..tangga nak naik ke atas tu buat CF kecut perut..tapi yakinkan diri boleh..hahaha..so sampai jugak ke atas..CF takde pulak gambar tangga tu... external hard disk CCF tak boleh buka..jadi banyak gambar yang tak dapat share kat sini.
Istana ni pelan asalnya direka oleh Kahar dan Taib.Tukang Kahar telah dianugerahkan gelaran Dato' Panglima Sultan oleh Tuanku Mahmud.
Masa event dengan Sahabat Media dan tourism Malaysia tu, macam2 aktiviti yang kami buat kat sini..main tarik upih, main bowling kelapa, makan berselo...macam balik kampung dah tau tak..hehe..mana ada dah besar panjang ni kita main benda camtu lagi...kecik2 je dulu buat semua benda tu...itupun kalau yang ada kampung.Macam ada sorang sahabat CF tu budak bandar, memang tak penah merasa la main tarik upih..sebab tu la dia beria sangat main benda2 tu semua aritu..hahaha
Apa yang lebih menarik, masa aktiviti permainan tradisional tu kami semua digalakkan pakai kain batik dan kain pelekat...nampak kampung sangat kan...hehe..baru la tau saat tu sape anak2 dara dan mak2 dara yang tak reti pakai kain batik...ada juga teruna yang tak tau ikat kain pelikat..haha
Yang tak pakai kain pelekat tu la insan yang tak reti ikat kain..haha
Pada waktu malam pulak kami dijamu makanan tradisonal negeri sembilan dalam satu majlis makan malam yang dipanggil makan berselo.
Makan berselo
Gaya makan berselo ni macam makan bersila kenduri kat kampung2..menu yang di hidang antara yang menjadi kegemaran CF adalah sambal pucuk kayu..sedap..mana nak jumpa kat selangor?haha..memang takde la...sape nak rasa sambal pucuk kayu tu ada kawan yang bagitau CF sambal tu boleh dibeli kat pasar pagi ahad kat stadium Seremban..kalau tak silap CF la..sambal tu dah siap dengan tempoyak sekali..tinggal masak atas api je..cara nak buat leceh sikit..sebab kena hiris halus pucuk kayu yang ada 7 jenis tak silap CF.Ni resepi orang dahulu kala..hehe
Tunku Zain Al Abidin ibni Tuanku Mukhriz hadir Press Conference
Selfie dengan Putera berjiwa rakyat :)
Apa pun event bersama sahabat media di negeri sembilan akan sentiasa melekat di hati.Terima kasih team Sahabat Media, Tourism Malaysia, Tourism Negeri Sembilan dan Santai Travel.InshaAllah ada jodoh kita bertemu lagi.
by cikgu on 12:39 PM
2 comments
Assalamualaikum
Bila dah puasa ni mesti ramai yang nak cari tempat makan yang best untuk buka puasa kan...yeaahh!
Awal jun haritu CF bersama Sahabat Media berpeluang menghadiri launching Buffet Ramadhan di Klana Resort Seremban.
Antara jenis juadah yang ada adalah :
Ni cuma antara makanan yang CF ingat la...banyak lagi sebenarnya...Apa kata korang datang sendiri ke Klana Resort Seremban ni...mesti korang pening nak makan apa..banyak sangat jenis makanan dan lauk pauk yang disediakan...
Harga pulak camana?haaaa...murah je..dewasa rm60..kanak2 rm30 sahaja..
Nak tau tak kalau korang datang dengan group,korang lagi boleh jimat...Sebab ada promosi yang pihak hotel buat iaitu tawaran 9+1.Setiap tempahan untuk 9 tetamu (dewasa ) bayaran dalam 1 resit, tetamu yang ke 10 akan berbuka puasa dengan PERCUMA.Best kan? Kalau ikutkan memang harga yang sangat murah sebab menu yang korang akan dapat ni sedap2 dan banyak.
Kemudahan surau korang jangan risau.Bilik sembahyang disediakan siap dengan imam sekali tau untuk solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih.
Selamat menjalankan ibadah puasa. :)

Dengan tema Citoraso Sosodap Klana, Klana Resort Seremban menjanjikan keunikan berbuka puasa dalam suasana pasar malam.Meriah!!Macam2 jenis lauk pauk melayu, kuih tradisional, dessert yang enak, pencuci mulut, kambing golek...semua ada...
Antara jenis juadah yang ada adalah :
- Kambing golek
- satay
- masak lemak cili api
- daging salai
- makanan laut
- aneka sayur
- aneka kuih tradisional
- aneka buah-buahan
- aneka kek dan dessert
- coklat strawberry
Ni cuma antara makanan yang CF ingat la...banyak lagi sebenarnya...Apa kata korang datang sendiri ke Klana Resort Seremban ni...mesti korang pening nak makan apa..banyak sangat jenis makanan dan lauk pauk yang disediakan...
Harga pulak camana?haaaa...murah je..dewasa rm60..kanak2 rm30 sahaja..
Nak tau tak kalau korang datang dengan group,korang lagi boleh jimat...Sebab ada promosi yang pihak hotel buat iaitu tawaran 9+1.Setiap tempahan untuk 9 tetamu (dewasa ) bayaran dalam 1 resit, tetamu yang ke 10 akan berbuka puasa dengan PERCUMA.Best kan? Kalau ikutkan memang harga yang sangat murah sebab menu yang korang akan dapat ni sedap2 dan banyak.
Kemudahan surau korang jangan risau.Bilik sembahyang disediakan siap dengan imam sekali tau untuk solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih.
Selamat menjalankan ibadah puasa. :)
Sunday, June 15, 2014
by cikgu on 10:40 AM
3 comments
Lokasi Restoran Cerana :
Restoran Cerana
Batu 7 Lebuhraya Cheras Kajang
43200 Cheras
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Harga :
DEWASA - RM 49.00+ – (53.90 Nett)
KANAK2(6-12 TAHUN) - RM 29.00+ – (31.90 Nett)
Hubungi :
Pejabat :03-90749662/9667/90802526
Restoran : 03-90803715
Mohd Khairul Azwal(Manager) : 019-6171840
Mohd Ali(Asst Manager) : 017-3096511
Kemudahan :
Surau di sediakan
Main Dish
- Kari Ayam + Kentang
- Masak Rebung + Daging Salai
- Tempoyak Masak Ikan Patin
- Gulai Masam Batang Keladi
- Asam Pedas Pari Bunga Kantan/Daun Kesum
- Bawal Goreng Tiga Rasa
- Ikan Keli Goreng Cili
- Sotong Goreng Kunyit
- Sambal Tumis Udang + Petai
- Sambal Tumis Sardin
- Lala Goreng Cili
- Masak Lemak Labu Kuning Daun Kunyit
- Masak Lemak Nenas Ikan Kering
- Masak Sayur Manis / Bayam dengan Keledek + Bendir
- Tempe Berlada Ikan Bilis
- Sup Fish Ball
- Sayur Campur Goreng
- Warung Daging Bakar Cerana
- Air Asam Limau Kasturi Cerana
- Daging Bakar
- Warung Ikan Bakar
- Cencaru
- Kembung
- Pari
- Sotong
- Air Asam Limau Kasturi Cerana
- Warung Ulam-ulaman
- Kerabu Mangga
- Kerabu Pegaga/Daun Selom
- Pecal Jawa
- Ikan Kering
- Sambal Belacan
- Budu
- Tempoyak
- Cencaluk
- Pelbagai Ulam, Jering, Petai, Bendi, Timun, Ulam Raja dll.
- D'Cerana
- Nasi Beriani
- Rendang Ayam
- Dalca Ayam
- Acar Timun
- Papedom
- Warung Nasi Dagang
- Acar Timun
- Gulai Ikan Tongkol
- Warung Cerana
- Tomyam Campur
- Sup Tulang Daging Tetel
- Bubur Kacang/Pulut Hitam
- Bubur Lambok
- Warung Cucur
- Pisang
- Ikan Bilis
- Kelapa
- Udang Kering
- Sos Cili
- Ubi Rebus
- Sambal Tumis
- Warung Aneka Jenis Kuih Muih Tradisional
- 4-5 Jenis Kuih Pedas/Manis
- Agar-agar Klasik
- Pilihan Kek
- D'Pondok
- Biskut-biskut Raya
- Kerepek-kerepek
- Candy Buffet
- Warung Minuman Sejuk
- Teh Tarik
- Sirap Cerana
Wednesday, May 28, 2014
by cikgu on 12:39 AM
6 comments
Assalamualaikum..
17 Mei 2014 Cf telah menyertai Team Sahabat Media ke Perak selama 2 hari 1 malam.Destinasi kami adalah Ipoh Perak...Semasa di Ipoh kami menginap di Hotel Casuarina @Meru Ipoh Perak.
Casuarina @Meru Ipoh Perak
Casuarina @Meru merupakan sebuah hotel yang terletak di Bandar Meru Raya.Bersebelahan dengan lebuhraya utara selatan.Ianya baru 6 bulan beroperasi.
Terletak hanya beberapa minit jalan kaki dari Terminal Aman Jaya dan Mydin Hypermarket.Dan juga dekat dengan restoran nasi Vanggey..kami sempatla rasa nasi Vanggey kat situ...pedas la...hahaha..lepas tu kami ke Mydin sekejap cari barang keperluan...memang dekat sangat2 dengan Casuarina.
Press Conference di Casuarina @Meru
Kemudahan yang terdapat di Hotel Casuarina @Meru adalah bilik-bilik penginapan yang selesa, restoran, fitness centre, parking yang selesa, laundry, kedai cenderamata dan wifi percuma.
Antara bilik penginapan yang disediakan di Casuarina @Meru
Bilik-bilik kat Casuarina @Meru memang selesa..lagipun hotel ni masih baru sangat2..jadi segala perabot masih lagi bau kedai..hehe...Antara kemudahan yang ada dalam bilik adalah seterika, papan seterika, cerek elektrik, Tv Led, pengering rambut dan wifi percuma.Lengkap kan?
Perabot yang nampak mewah
Semasa kami di Casuarina, kami telah disajikan menu baru yang ada di Casuarina @Meru..Malas nak cerita..Cf bagi korang tengok gambar je...Semua sedap2 belaka..yang paling sedap adalah cucur udang Casuarina...sedap la....siap bagi resepi kat kami....
Semuanya sedap....kaannnn..hehe...Kalau korang ke Ipoh, boleh la menginap kat Casuarina @Meru ni.Harga bilik dia pun berpatutan...masih mampu milik..Kalau tak nak menginap,boleh jugak nak makan buffet kat sini.Casuarina sediakan menu buffet yang berbeza setiap hari.Buffet lunch dan dinner :
Isnin : Taj Mahal ( North Indian cuisine )
Selasa : Great Wall Of China ( China cuisine )
Rabu : Banana Leaf ( Curry House )
Khamis : Selera Kampung ( Malay cuisine )
Jumaat : Pisa Ala Mamia ( Italian cuisine )
Sabtu : Sizzling BBQ Steamboat ( Dinner only )
Ahad : Around the world ( Dinner Only )
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my. - See more at: http://norfanil.com/menginap-di-hotel-casuarina-meru/#sthash.5ZZv613R.dpuf
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke web Casuarina di www.casuarinahotels.com.my
Dan Klik Casuarina@Meru untuk ke Facebook rasmi
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my. - See more at: http://norfanil.com/menginap-di-hotel-casuarina-meru/#sthash.5ZZv613R.dpuf
Sampai jumpa lagi.
Salam sayang.
Subscribe to:
Comments (Atom)