Wednesday, March 2, 2016




Aktiviti travelling dan backpacking kini bukan hanya untuk lelaki sahaja.Kaum wanita juga sudah tidak asing dalam kegiatan ini.Jika anda sudah serius masuk ke dunia backpacker, anda perlu bijak memilih backpack yang sesuai untuk anda.

Backpack adalah barang yang terpenting untuk seorang backpacker.Jika anda membeli backpack yang salah boleh menyebabkan anda sakit tulang belakang dan bahu.Backpackers wanita seharusnya perlu membeli backpack yang dikhususkan untuk wanita.Ini kerana potongan badan wanita dan lelaki berbeza.Biasanya backpack untuk wanita lebih slim dan kecil.Backpack untuk wanita akan membuat anda lebih selesa kerana ianya akan lebih grab di badan anda. Namun tidak semua beg lelaki itu tidak sesuai untuk wanita kerana ianya bergantung kepada jenis badan dan spesifikasi yang anda mahukan

Jika disentuh tentang jenama ada sesetengahnya agak setia dengan jenama kegemaran mereka. Namun anda harus tahu setiap jenama backpack menawarkan koleksi backpack dengan kualiti yang berbeza. 




How to get best backpacks for women.?Itu adalah panduan yang ingin cf kongsikan bersama anda dalam artikel ini. Memilih size backpack ketika mencari beg yang baru adalah antara yang paling susah untuk dilakukan kerana ada masanya ia agak melecehkan dan memerlukan anda meluangkan banyak masa dan tenaga. Anda harus mempunyai jangkaan yang realistik tentang berapa banyak yang anda mahu bawa dan berapa lama anda akan menggunakannya.

Berikut adalah perkara yang perlu diambil kira ketika anda memilih backpack :

1. Jenis

Backpackers wanita harus memiliki backpack yang direka khas untuk wanita.Jika anda membawa backpack yang tidak sesuai, anda akan lebih cepat penat dan tidak selesa sepanjang pengembaraan anda.

2. Size

Size backpack untuk wanita yang paling sesuai adalah mengikut ukuran tulang Torso anda.

3. Kapasiti

Kapasiti backpack haruslah sesuai dengan masa perjalanan anda seperti di bawah :

  • Day Trip / Short Trip : bawah 40L
  • Overnight : 45L - 55L
  • Weekend Trip : 55L - 65L
  • Longer Trip : 65L - 80L
  • Extend Long Trip ; 80L - 95L
4. Features

Banyak feature backpack yang anda harus fikirkan dalam pemilihan. Memilih backpack dengan feature yang bagus adalah sangat penting untuk mendapatkan backpack wanita  yang terbaik. Antara feature yang anda harus fikirkan adalah seperti duffel capability, add on daypacks, front loading, side loading, cords for sleeping bags and tents, camera and laptop protection, external pockets dan camelback hookups.

Tentang harga pula apa yang anda bayar itulah yang anda akan dapat. Jika anda mahu yang murah anda mungkin terpaksa menukarnya dalam tempoh penggunaan yang singkat. Backpack dengan harga yang lebih mahal pula kebiasaannya mempunyai kualiti terbaik kerana diperbuat daripada bahan bermutu tinggi.



Kini anda boleh membeli backpack secara online.Semuanya dihujung jari.Jadi, pilihlah backpack untuk wanita ya.Jangan asal ada sahaja. :)


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

0 comments: