Wednesday, May 28, 2014


Assalamualaikum..
 17 Mei 2014 Cf telah menyertai Team Sahabat Media ke Perak selama 2 hari 1 malam.Destinasi kami adalah Ipoh Perak...Semasa di Ipoh kami menginap di  Hotel Casuarina @Meru Ipoh Perak.


Casuarina @Meru Ipoh Perak

Casuarina @Meru merupakan sebuah hotel yang terletak di Bandar Meru Raya.Bersebelahan dengan lebuhraya utara selatan.Ianya baru 6 bulan beroperasi.
Terletak hanya beberapa minit jalan kaki dari Terminal Aman Jaya dan Mydin Hypermarket.Dan juga dekat dengan restoran nasi Vanggey..kami sempatla rasa nasi Vanggey kat situ...pedas la...hahaha..lepas tu kami ke Mydin sekejap cari barang keperluan...memang dekat sangat2 dengan Casuarina.

 Press Conference di Casuarina @Meru

Kemudahan yang terdapat di Hotel Casuarina @Meru adalah bilik-bilik penginapan yang selesa, restoran, fitness centre, parking yang selesa, laundry, kedai cenderamata dan wifi percuma.

Antara bilik penginapan yang disediakan di Casuarina @Meru

Bilik-bilik kat Casuarina @Meru memang selesa..lagipun hotel ni masih baru sangat2..jadi segala perabot masih lagi bau kedai..hehe...Antara kemudahan yang ada dalam bilik adalah seterika, papan seterika, cerek elektrik, Tv Led, pengering rambut dan wifi percuma.Lengkap kan?

Perabot yang nampak mewah

Semasa kami di Casuarina, kami telah disajikan menu baru yang ada di Casuarina @Meru..Malas nak cerita..Cf bagi korang tengok gambar je...Semua sedap2 belaka..yang paling sedap adalah cucur udang Casuarina...sedap la....siap bagi resepi kat kami....






Semuanya sedap....kaannnn..hehe...Kalau korang ke Ipoh, boleh la menginap kat Casuarina @Meru ni.Harga bilik dia pun berpatutan...masih mampu milik..Kalau tak nak menginap,boleh jugak nak makan buffet kat sini.Casuarina sediakan menu buffet yang berbeza setiap hari.Buffet lunch dan dinner :
Isnin       : Taj Mahal ( North Indian cuisine )
Selasa    : Great Wall Of China ( China cuisine )
Rabu      : Banana Leaf ( Curry House )
Khamis  : Selera Kampung ( Malay cuisine )
Jumaat   : Pisa Ala Mamia ( Italian cuisine )
Sabtu     : Sizzling BBQ Steamboat ( Dinner only )
Ahad      : Around the world ( Dinner Only )

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my. - See more at: http://norfanil.com/menginap-di-hotel-casuarina-meru/#sthash.5ZZv613R.dpuf
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke web Casuarina di www.casuarinahotels.com.my
Dan Klik Casuarina@Meru untuk ke Facebook rasmi
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my. - See more at: http://norfanil.com/menginap-di-hotel-casuarina-meru/#sthash.5ZZv613R.dpuf

Sampai jumpa lagi.
Salam sayang.


Tuesday, May 13, 2014

Assalamualaikum

Biasanya bila ada customer yang berumur 30 ke atas yang tanya saya apa produk kecantikan, saya akan suggest COLLAGEN POWDER SHAKLEE kat dorang..lagi2 bila yang dha berumur 40-an..

SEBAB APA?

Bila usia kita dah meningkat, badan kita makin KEKURANGAN collagen...sebab tu kita nampak makin bertambah tahun, makin banyak garis halus di kulit kita..kedut la tu..hehe

Penghasilan collagen dalam badan kita BERKURANGAN dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada collagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang collagen. Inilah antara punca kedutan.Tapi bukan setakat kulit berkedut bila kekurangan collagen..Ada banyak lagi kesannya.

Kat bawah ni adalah antara kesan yang lain :



Jadi, bila kita jadikan colagen sebagai makanan tambahan, bukan sahaja untuk kecantikan.Tapi juga untuk kita kekal cergas, penglihatan jelas, sendi kuat, tulang dan kuku kita kuat.Ibarat badan masih muda  walau umur dah meningkat tua..

Kenapa saya katakan COLLAGEN POWDER SHAKLEE berkesan?

Apa yang anda perlu tau sebelum membezakan kolagen yang anda ingin beli di pasaran adalah KOLAGEN TU DI EKSTRAK DARI APA dan SIZE MOLEKUL KOLAGEN ITU.

Keistimewaan COLLAGEN POWDER SHAKLEE adalah :

1) Ramuan utama dalam Collagen Powder ini ialah sisik ikan merah (Red Snapper) yang terdapat di lautan dalam.

Istimewanya collagen sisik ikan merah di lautan dalam berbanding collagen lain adalah disebabkan di ekstrak dari SISIK IKAN MERAH yang hidupnya di LAUTAN DALAM.

Ikan merah ni bersifat LASAK. Since ikan ini adalah ikan laut dalam, ia mampu menahan tekanan yang sangat tinggi. Ia juga bermaksud sifat yang ada dalam sisik ikan tu sangat kuat sebab boleh tahan duduk di lautan dalam. Sifat yang sangat kuat ni menjadi jaminan collagen yang bersumberkan ikan merah ni sangat dipercayai.

 Bila sebut lautan dalam pula, ia bermakna tiada pencemaran kimia. Bila tiada pencemaran kimia, ikan yang berada di lautan dalam boleh dikatakan bebas pencemaran. Ini menjadikan ianya selamat dan tiada kesan sampingan yang negatif.

2) Collagen Powder Shaklee diproses melalui proses pemecahan molekul (hydrolysis) secara semulajadi.

Tubuh kita hanya boleh menyerap molekul yang bersaiz sangat kecil. Kalau molekul besar, nanti badan susah nak serap. Sebab itulah Shaklee menggunakan proses hydrolisis untuk menghasilkan Collagen Powder berkualiti tinggi.


Proses hydrolisis ni rumit, susah dan memakan belanja yang tinggi. ADA PRODUK collagen yang menggunakan bahan kimia seperti asid hidroklorik, pemanasan secara kimia dan pelbagai jenis asid untuk proses hydrolisis ini kerana proses menggunakan bahan kimia ni lebih murah.

Collagen yang diproses menggunakan bahan kimia mempunyai kesan sampingan yang negatif. Antaranya ada kemungkinan sel collagen tersebut dah banyak terurai serta mengandungi sisa bahan kimia hasil dari cara pemprosesan tadi.

Sisa bahan kimia ni berbahaya untuk pemakanan atau penggunaan kita. Bayangkan kita guna collagen yang ada sisa asid hidroklorik? Sedangkan asid hidroklorik tu sikit je dah boleh rosakkan kulit.

Untuk mendapatkan molekul yang boleh diserap oleh tubuh, proses ni perlu dibuat berulangkali secara berasingan. Paling kurang kena buat 8 kali.

Good news, COLLAGEN POWDER SHAKLEE melalui proses ni melebihi 8 kali.

CAMANA NAK TAU? Kita tengok nilai Dalton Collagen tu. Lagi kecil nilai Dalton tu, ia menandakan lagi banyak proses hydrolisis yang dijalankan ke atas collagen tersebut dan menandakan lebih tinggi kualiti collagen tu.

Proses ni bukan murah macam proses kimia yang senang tadi.
Proses ni rumit tapi terjamin keselamatan penggunaannya dan tiada kesan sampingan negatif.”

 3) COLLAGEN POWDER SHAKLEE mudah diserap oleh badan.




Kita perlu memastikan kadar penyerapan badan terhadap collagen mestilah tinggi. Maksudnya bila minum je collagen tu, dia cepat menyerap dan terus bergerak ke arah organ yang memerlukan seperti kulit, rambut, kuku, otot dan sendi.

 Di sinilah pentingnya kita pastikan berapa berat molekul collagen dalam sesuatu jenama. Berat molekul collagen diukur dalam unit Dalton (bukan ‘mg’ ye). Jadi sebelum beli, pastikan anda tahu berapa berat molekul collagen tersebut.


Badan hanya boleh menyerap molekul Collagen yang mempunyai berat molekul bawah 3,000 Dalton. Semakin kecil nilai Dalton, semakin mudah ianya diserap oleh badan.

Berapa Berat Molekul Dalam Collagen Shaklee?


Berat molekul dalam Collagen Powder Shaklee hanyalah 1,000 Dalton menjadikan ianya begitu mudah diserap oleh badan untuk hasil yang optimum.

Pengambilan collagen yang mempunyai nilai Dalton yang tinggi adalah berbahaya kerana ianya tidak diserap oleh badan dan akan tertinggal dalam saluran darah. Ia boleh memberikan kesan negatif dan penyakit kronik untuk jangka masa panjang.

Sekarang dah fahm tak?jadi pastikan anda tau apa dan bagaimana Collagen yang anda ingin beli dan makan kerana terlalu banyak produk collagen di pasaran sekarang..Pilihlah yang terbaik dan selamat untuk badan anda.Bukan pilih yang murah.

Rujukan : Web Fatin Hamizah

Ingin dapatkan Collagen Powder Shaklee atau vitamin?

Hubungi saya :

Syauqina | 013-8880206
Fb :  klik Syauqina
Page : klik Syauqina Eshope
Pengedar sah Shaklee

Sunday, May 4, 2014


Assalamualaikum

Sebenarnya minggu lepas CF ada keluar travel bersama SAHABAT MEDIA ke Kuala Kubu Bharu.Hari ni baru ada mood nak update blog.Best sangat2 dapat jumpa para media..Merapatkan silaturrahim...bertambah kenalan... :) Jom CF cerita apa yang menarik kat Kuala Kubu Bharu haritu..

Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah bandar yang bersejarah kerana ia merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang oleh Jururancang Bandar yang pertama semasa zaman British bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada zaman itu Bandar Kuala Kubu Bharu telah ditanam dengan pokok yang bernilai seperti Mahagoni dan Tembusu. Setelah hampir 84 tahun berlalu maka pokok-pokok ini telah membesar dan menjadi tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang.Memang banyak burung...Bersiul-siul sambut kedatangan kami.

 Perlancaran Selangor Bird Race 2014

Cara intai burung..heee

 Disebabkan faktor tersebut Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Program Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga pada 25 – 27 April 2014. Penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penyertaan Resorts World Genting sebagai penganjur untuk tahun kedua merangkap penaja utama bagi program ini.Memang best la kan..pengnapan kami kat Awana Resort Genting...siap ada Gala Dinner lagi you...haha...mantap...

Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi sejarah, warisan dan keindahan flora dan fauna.

( Ini kaki Najeeb )
Nak intai burung,tapi ulat gonggok gergasi yang kami jumpa hehe,,besar kan?

Sebagaimana dimaklumkan oleh Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting penglibatan kedua pada tahun ini menunjukkan kesungguhan Resort World Genting di dalam program yang memberi kesedaran kepada pelancong dan masyarakat tentang pemuliharaan hutan dan alam semulajadi. Beliau menambah lagi Pusat Peranginan Genting Highlands adalah salah satu kawasan pemuliharaan dan perlindungan habitat burung yang didaftarkan di bawah Important Bird Area MY10. Ia adalah salah satu aset yang berharga bagi pihak Genting. Pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain yang boleh dilihat sepanjang tahun disini. Dengan penglibatan Genting Highlands sebagai salah satu lokasi pertandingan, ia juga dapat mempromosikan aktiviti memerhati burung di Pusat Peranginan Genting Highlands.

Selain penganjuran kali ini adalah bagi memeriahkan dan menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014. Ia dilihat mampu menarik pelancong luar terutama pemerhati burung untuk datang dan menjadi peserta di dalam penganjuran kali ini. Penganjuran kali ketiga ini masih mengekalkan kategori sekolah dan kategori terbuka untuk pertandingan mengenalpasti burung. Selain daripada itu 2 kategori telah ditambah iaitu kategori untuk pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung. Antara acara sampingan yang disediakan bagi memeriahkan lagi program adalah Mini Explorace untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati dan berkongsi keindahan alam semulajadi, pihak Majlis Daerah telah menjemput anak-anak istimewa di dalam Daerah Hulu Selangor dan berkongsi dengan mereka untuk program asas mengenalpasti burung.

 Explorace murid sekolah rendah...

Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah telah berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori terbuka, pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung, peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.


 Trek untuk menjejaki spesis burung yang ada

Berdasarkan beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak urusetia beberapa spesis yang menarik bakal ditemui oleh para peserta, Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) dan Coppersmith Barbet (Takur Tukang Besi) di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul), Red-wattled Lapwing (Burung Minta Duit) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) dan 3 jenis Munia di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan pelbagai spesis burung gunung di Genting Highlands.

Pihak penganjur telah menyediakan hadiah menarik bagi para pemenang. Bagi acara Birds Race, pemenang menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga - ketiga kategori. Bagi pemenang pertandingan fotografi burung, hadiah utama kamera Nikon D3100 menjadi rebutan setiap peserta. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan.
Haaa...best kan...Sahabat Media pun masuk pertandingan fotografi gak...Tahniah kat korang2 yang menang eh...Dikbee..Danish...sape ntah lagi tak ingat plak..haha..CF tak masuk bertanding pun...lens kita pendek la..tak dapat intai burung..haha...

Sahabat media ( Danish ) yang menang tempat pertama pertandingan fotografi burung..
( Baju hijau tu peminat dia..kita takde peminat pun..hehe )

Penganjuran pada tahun ini lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Semoa ianya dapat memberi impak positif kepada seluruh penduduk Daerah Hulu Selangor khasnya di dalam memelihara alam sekitar.

Salam jumpa lagi :)