Sunday, May 4, 2014


Assalamualaikum

Sebenarnya minggu lepas CF ada keluar travel bersama SAHABAT MEDIA ke Kuala Kubu Bharu.Hari ni baru ada mood nak update blog.Best sangat2 dapat jumpa para media..Merapatkan silaturrahim...bertambah kenalan... :) Jom CF cerita apa yang menarik kat Kuala Kubu Bharu haritu..

Kuala Kubu Bharu merupakan sebuah bandar yang bersejarah kerana ia merupakan sebuah bandar baru yang telah dirancang oleh Jururancang Bandar yang pertama semasa zaman British bagi Persekutuan Tanah Melayu. Pada zaman itu Bandar Kuala Kubu Bharu telah ditanam dengan pokok yang bernilai seperti Mahagoni dan Tembusu. Setelah hampir 84 tahun berlalu maka pokok-pokok ini telah membesar dan menjadi tempat tinggal pelbagai spesis burung dan binatang-binatang.Memang banyak burung...Bersiul-siul sambut kedatangan kami.

 Perlancaran Selangor Bird Race 2014

Cara intai burung..heee

 Disebabkan faktor tersebut Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) telah menganjurkan Program Wings Of KKB 2014: Selangor Birds Race untuk tahun yang ketiga pada 25 – 27 April 2014. Penganjuran tahun ini lebih meriah dengan penyertaan Resorts World Genting sebagai penganjur untuk tahun kedua merangkap penaja utama bagi program ini.Memang best la kan..pengnapan kami kat Awana Resort Genting...siap ada Gala Dinner lagi you...haha...mantap...

Objektif utama penganjuran Wings Of KKB ini adalah bagi memupuk kesedaran orang ramai amnya dan pelajar sekolah khasnya dalam kepentingan menjaga alam sekitar melalui aktiviti memerhati burung. Program ini juga akan meletakkan Kuala Kubu Bharu khasnya dan Daerah Hulu Selangor amnya di peta pelancongan Malaysia selaras keistimewaan Daerah ini dari segi sejarah, warisan dan keindahan flora dan fauna.

( Ini kaki Najeeb )
Nak intai burung,tapi ulat gonggok gergasi yang kami jumpa hehe,,besar kan?

Sebagaimana dimaklumkan oleh Cik Katherine Chew, Timbalan Presiden Komunikasi dan Perhubungan Awam Resorts World Genting penglibatan kedua pada tahun ini menunjukkan kesungguhan Resort World Genting di dalam program yang memberi kesedaran kepada pelancong dan masyarakat tentang pemuliharaan hutan dan alam semulajadi. Beliau menambah lagi Pusat Peranginan Genting Highlands adalah salah satu kawasan pemuliharaan dan perlindungan habitat burung yang didaftarkan di bawah Important Bird Area MY10. Ia adalah salah satu aset yang berharga bagi pihak Genting. Pelbagai spesis burung istimewa boleh dijumpai di kawasan Genting seperti Great Hornbill (Enggang Papan), Rhinoceros Hornbill (Enggang Badak), Fire-tufted Barbet (Burung Takur Api), Red-headed Trogon (Burung Kesumba Gunung) dan pelbagai spesis burung tanah tinggi yang lain yang boleh dilihat sepanjang tahun disini. Dengan penglibatan Genting Highlands sebagai salah satu lokasi pertandingan, ia juga dapat mempromosikan aktiviti memerhati burung di Pusat Peranginan Genting Highlands.

Selain penganjuran kali ini adalah bagi memeriahkan dan menyokong Tahun Melawat Malaysia 2014. Ia dilihat mampu menarik pelancong luar terutama pemerhati burung untuk datang dan menjadi peserta di dalam penganjuran kali ini. Penganjuran kali ketiga ini masih mengekalkan kategori sekolah dan kategori terbuka untuk pertandingan mengenalpasti burung. Selain daripada itu 2 kategori telah ditambah iaitu kategori untuk pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung. Antara acara sampingan yang disediakan bagi memeriahkan lagi program adalah Mini Explorace untuk pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah.
Bagi memastikan semua pihak dapat menikmati dan berkongsi keindahan alam semulajadi, pihak Majlis Daerah telah menjemput anak-anak istimewa di dalam Daerah Hulu Selangor dan berkongsi dengan mereka untuk program asas mengenalpasti burung.

 Explorace murid sekolah rendah...

Seperti tahun sebelumnya, kategori sekolah telah berlangsung dengan para pelajar akan memerhati burung di sekitar Bandar Kuala Kubu Bharu. Manakala bagi kategori terbuka, pelajar universiti dan kolej serta pertandingan fotografi burung, peserta perlu bergerak untuk 10 checkpoint yang telah ditetapkan bermula dengan 5 checkpoint di Bandar Kuala Kubu Bharu, Taman Milenium, Kolam Air Panas Hulu Tamu, Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan berakhir di Resorts World Genting. Ini menjadikan “Wings Of KKB” sebagai pertandingan memerhati burung pertama di Malaysia yang memerlukan peserta bergerak dari satu altitud ke satu altitud yang lain. Dengan ini, peserta berpeluang untuk melihat dan mengenalpasti pelbagai spesis burung berlainan mengikut perbezaan ketinggian dari aras laut.


 Trek untuk menjejaki spesis burung yang ada

Berdasarkan beberapa siri tinjauan yang telah dibuat oleh pihak urusetia beberapa spesis yang menarik bakal ditemui oleh para peserta, Oriental Pied Hornbill (Enggang Kelingking) dan Coppersmith Barbet (Takur Tukang Besi) di Kuala Kubu Bharu, Black Crested Bulbul (Merbah Jambul), Red-wattled Lapwing (Burung Minta Duit) di Taman Milenium, Little Cucko Dove (Tekukur Api) dan 3 jenis Munia di Kolam Air Panas Hulu Tamu, Whiskered Treeswift (Layang – Layang Jambul Kecil) di Hutan Lipur Pelajaran Sungai Kedondong dan pelbagai spesis burung gunung di Genting Highlands.

Pihak penganjur telah menyediakan hadiah menarik bagi para pemenang. Bagi acara Birds Race, pemenang menerima hadiah berjumlah RM10,000.00 dalam bentuk barangan “Outdoor” bagi ketiga - ketiga kategori. Bagi pemenang pertandingan fotografi burung, hadiah utama kamera Nikon D3100 menjadi rebutan setiap peserta. Pihak Resorts World Genting juga menyediakan hadiah berupa penginapan 2 hari 1 malam di First World Hotel dan hadiah sampingan.
Haaa...best kan...Sahabat Media pun masuk pertandingan fotografi gak...Tahniah kat korang2 yang menang eh...Dikbee..Danish...sape ntah lagi tak ingat plak..haha..CF tak masuk bertanding pun...lens kita pendek la..tak dapat intai burung..haha...

Sahabat media ( Danish ) yang menang tempat pertama pertandingan fotografi burung..
( Baju hijau tu peminat dia..kita takde peminat pun..hehe )

Penganjuran pada tahun ini lebih meriah dan mendapat sambutan yang menggalakkan.Semoa ianya dapat memberi impak positif kepada seluruh penduduk Daerah Hulu Selangor khasnya di dalam memelihara alam sekitar.

Salam jumpa lagi :)


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

7 comments:

NARDtheNERD said...

besarnya ulat tuuu :)

cikgu fad said...

Ulat tu retis pada hari tersebut..hehe

zulhilmi tempoyak said...

nk join... ;p

cikgu fad said...

Jom3...taiping..haha

Mawardi Yunus said...

ada masa buat la entry pengalaman di awana tu eheheheh.

cikgu fad said...

InshaAllah madi...heee

akubiomed said...

Selalu juga naik sehingga ke sungai Chiling dan empangan Selangor.