Wednesday, May 28, 2014


Assalamualaikum..
 17 Mei 2014 Cf telah menyertai Team Sahabat Media ke Perak selama 2 hari 1 malam.Destinasi kami adalah Ipoh Perak...Semasa di Ipoh kami menginap di  Hotel Casuarina @Meru Ipoh Perak.


Casuarina @Meru Ipoh Perak

Casuarina @Meru merupakan sebuah hotel yang terletak di Bandar Meru Raya.Bersebelahan dengan lebuhraya utara selatan.Ianya baru 6 bulan beroperasi.
Terletak hanya beberapa minit jalan kaki dari Terminal Aman Jaya dan Mydin Hypermarket.Dan juga dekat dengan restoran nasi Vanggey..kami sempatla rasa nasi Vanggey kat situ...pedas la...hahaha..lepas tu kami ke Mydin sekejap cari barang keperluan...memang dekat sangat2 dengan Casuarina.

 Press Conference di Casuarina @Meru

Kemudahan yang terdapat di Hotel Casuarina @Meru adalah bilik-bilik penginapan yang selesa, restoran, fitness centre, parking yang selesa, laundry, kedai cenderamata dan wifi percuma.

Antara bilik penginapan yang disediakan di Casuarina @Meru

Bilik-bilik kat Casuarina @Meru memang selesa..lagipun hotel ni masih baru sangat2..jadi segala perabot masih lagi bau kedai..hehe...Antara kemudahan yang ada dalam bilik adalah seterika, papan seterika, cerek elektrik, Tv Led, pengering rambut dan wifi percuma.Lengkap kan?

Perabot yang nampak mewah

Semasa kami di Casuarina, kami telah disajikan menu baru yang ada di Casuarina @Meru..Malas nak cerita..Cf bagi korang tengok gambar je...Semua sedap2 belaka..yang paling sedap adalah cucur udang Casuarina...sedap la....siap bagi resepi kat kami....






Semuanya sedap....kaannnn..hehe...Kalau korang ke Ipoh, boleh la menginap kat Casuarina @Meru ni.Harga bilik dia pun berpatutan...masih mampu milik..Kalau tak nak menginap,boleh jugak nak makan buffet kat sini.Casuarina sediakan menu buffet yang berbeza setiap hari.Buffet lunch dan dinner :
Isnin       : Taj Mahal ( North Indian cuisine )
Selasa    : Great Wall Of China ( China cuisine )
Rabu      : Banana Leaf ( Curry House )
Khamis  : Selera Kampung ( Malay cuisine )
Jumaat   : Pisa Ala Mamia ( Italian cuisine )
Sabtu     : Sizzling BBQ Steamboat ( Dinner only )
Ahad      : Around the world ( Dinner Only )

Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my. - See more at: http://norfanil.com/menginap-di-hotel-casuarina-meru/#sthash.5ZZv613R.dpuf
Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus ke web Casuarina di www.casuarinahotels.com.my
Dan Klik Casuarina@Meru untuk ke Facebook rasmi
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my. - See more at: http://norfanil.com/menginap-di-hotel-casuarina-meru/#sthash.5ZZv613R.dpuf

Sampai jumpa lagi.
Salam sayang.



Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

6 comments:

Izwa Kamaruddin said...

wahhh...

Unknown said...

Waaa....kat mane ni akk?????? :p

Unknown said...

Wahhhh kat mane ni akk:p

Unknown said...

Waaa....kat mane ni akk?????? :p

ZULHILMI TEMPOYAK said...

x lengkap rasanya klu x de gambar aku.. :P

Unknown said...

ingat meru ada dkt klang je, perak pun ada yer...