Tuesday, October 22, 2013

Published with Blogger-droid v2.0.10

Published with Blogger-droid v2.0.10

Friday, October 18, 2013




Assalamualaikum. ..
Dah lama cf tunggu tarikh cuti penggal ni...baru la keluar ni ha...
Ni cf share untuk korang gak..
Bukan apa..senang merancang percutian..hehe
Boleh share ya...tq :)
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sunday, October 13, 2013


Assalamualaikum semua...

Minggu lepas cf pegi bercuti kat Langkawi...
Sebelum ni cf ada post tentang chalet Tree House Malibest Resort kat entry ni


Kali ni cf nak cerita tentang Langkawi dan tempat menarik kat sana...

Cf pegi Langkawi dengan flight airasia dari Kl...Masa tu tiket murah cf boleh dapat rm230 untuk dua orang pergi dan balik...

Apa yang menarik kat Langkawi ni adalah 

1) Ada chalet atas pokok ( kena baca entry kat atas tu ya )

2) Kereta sewa murah..mazda, vios, jazz korang boleh dapat dengan harga rm70 sehari..kalau pergi masa peak season tak dapat la harga tu ya..ni no contact kereta sewa tu

012-4440109 ( sham )

3) Shopping barang-barang kat sana murah sangat2...cf pun rasa2 nak pegi lagi untuk shopping je..hehe

4) Kalau tido kat pantai Chenang akan dengar bunyi ombak yang sangat kuat..best..

5) Cable car ( harga naik rm15/pax )

Masa cf pegi sini sky bridge ditutup buat sementara waktu untuk kerja2 penyelenggaraan..kecewa gak la...sky bridge tu macam jambatan gantung la kat atas gunung tu..memang teringin sangat nak pegi situ..tapi takde rezeki...kata kawan cf dari tahun lepas dia tutup...tak tau bila nak buka balik tu...jadi cf cuma naik cable car dan turun dekat atas sekali tengok2 pemandangan..ada cafe atas tu..bolehla makan2...

6) Under water world ( sini pun tak menarik sangat..tapi boleh la kalau nak tengok ikan yang jarang korang nampak ) harga masuk rm28/pax

Yang tak best kat sana??

1) Island Hopping dia...hmm...Kalau orang pegi becuti kat Langkawi biasanya akan pegi Island Hopping...tapi bagi pendapat cf trip tu tak berapa menarik..biasa2 je..

Harga yang cf dapat untuk island hopping ni rm30/pax..ni yang paling murah..dia cakap dulu rm25...sejak harga minyak naik dorang pun naikkan harga gak...

Contact number untuk island hopping ni cf terlupa..nanti ada cf masukkan eh ..

Nak pegi island hopping ni korang pakaila pakaian yang bersesuaian..jangan pakai tumit tinggi lak...kalau rasa nak mandi pantai korang terus je pakai pakaian mandi...baju renang muslimah ke mcm cf..bukan bikini ye...hahaha

Island Hopping tu akan pegi ke 3 tempat..

a) Tasik Dayang Bunting

Kat sini dia bagi masa sejam...Nak sampai ke tasik ni kena jungle tracking sikit...so untuk warga emas yang tak larat jalan jauh tu kurang sesuai la...Sini kalau pandai berenang mandi best la...sesapa yang tau berenang memang puas hati gak..dalam kot tasik ni....kalau yang tak pandai berenang korang boleh la setakat rendam2 kaki bagi ikan keli kat situ bau kaki korang...wakaka..banyak keli kat tasik tu...


 View kat sini cantik...

b) Eagle feeding

Masa ni dorang akan bawa ke tempat yang banyak helang...takde apa pun buat kat sini..cuma tengok helang terbang2 pastu sambar makanan kat laut...kat ini dalam 10 minit je

c) Pulau beras basah

Ni destinasi terakhir kami aritu...dia akan turunkan kat sini sejam pastu kita berkelah la..mandi manda...air kat pantai ni jernih jugak..tapi keruh2 sikit...ikan pun tak nampak kalau nak snorkeling...ikan yang cf nampak ada kat jeti masa dia nak turunkan kami je...hampa gak...tak sama macam pulau tioman masa cf pegi sana tu snorkling depan chalet je...banyak sangat ikan kat sana...

Kat bawah ni cf letak gambar2 masa cf kat sana...

 Pantai Chenang


View cable car



View dari atas gunung mat chincang


Under water world


Kat sini cf bagitau budget cf ke sana untuk dua orang :

Flight airasia : rm230
Island Hopping : rm60
Kereta sewa : rm70
Makan : rm60
Tree House Chalet : rm230 ( 1 malam )

Sekian... :)

p/s : Tiket ke langkawi tengah murah sekarang..untuk bulan 12 nanti rm130 je sorang...tempahla cepat sebelum habis... :)



Assalamualaikum sahabat blogger dan sahabat semua...

Entry pendek ni cf nak ajar tentang cara nk dapatkan unlimited lives masa korang main game candy crush saga.
Dah tau???
Kalau dah tau, meh kita ajo sesama kat kawan yang lain...hehe
Masih ada yang tak tau trick ni..sebab cf dapat request kawan2 minta nyawa...huhu

Caranya :

1) Bila nyawa dah habis, korang pegi kat setting hp...pegi kat date and time...pastu tukar tarikh arini ke hari esok...





2) Lepas tukar tarikh tu, korang pegi buka candy crush saga korang tu, nyawa tu akan fullll..jadi 5 la kan paling banyak pun..hehe..lepas yu jangan main dulu...sabaaaarrrrr....



3) Lepas tu korang pegi balik kat setting tadi dan tukar balik tarikh ke asal...
4) Pastu baru korang main candy cruh sampai lebam...
#kalau korang tak ikut step ni betul2 nanti nyawa candy crush korang akan jadi hutang tau..berhari2 tak dapat main nanti..hehe..
Ada pape soalan tanya cikgu ya!
P/s : Ada yang seronok dua ronok tiga ronok lepas dapat trick ni..tapi ada gak yang tak senang duduk tu..sebab nanti wife/hubby korang main tak ingat dunia dah...wahahaha...jangan marah cf k...hehe

*Tolong like jap page cf kat sini Lukisan hati Cikgu Fad

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday, October 9, 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..cf baru je balik dari bercuti di Pulau Langkawi..Percutian ini cf buat sebab dapat tiket murah airasia...nanti cf akan senaraikan  budget di entry lain..dalam entry ni cf nak cerita pasal chalet treetop...




Masa kat langkawi aritu cf menginap di Malibest Resort Pantai Chenang...korang boleh tengok web dia kat bawah ni...Klik je kat link tu




Ini lah chalet yang cf duduk tu..nama chalet ni tree house...nampak menarik kan?chalet ni terletak betul2 tepi pantai...masa duduk chalet ni cf suka duduk kat beranda tu...ambik angin pantai...tido pun dengar deruan ombak yang kuat..damai je rasa...

Sebenarnya chalet tu bukanlah betul2 atas pokok...ada tiang jugak kat bawah tu...tapi dibuat di sebelah pokok besar dan nampak macam kat atas pokok...tapi best la..memang menark...bagi sesiapa yang sukakan kelainan macam cf ni...kat bawah ni cf kongsikan gambar2 chalet tu...


Beranda yang menghadap pantai












Tangga naik ke bilik

Bilik yang cf sewa tu standard room dengan harga rm230 semalam...Mahal sikit tapi berbaloi bagi sesiapa yang sukakan kelainan dan kedamaian..

Pasni cf akan tulis entry budget kereta sewa,tiket flight dna lain2 eh...salam sayang.. :)












Tuesday, October 1, 2013