Tuesday, September 20, 2011

Assalamualaikum..

Rasulullah bersabda :

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah."(Riwayat Muslim)

Baginda bersabda lagi :

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku.Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi."(Riwayat Abu 'Asaakir)

Cf nak citer apa ni?jom baca sini :

Dalam realiti kehidupan kita sekarang dah menjadi adat pompuan keje kat dapur, laki dok goyang kaki bersenang-senang baca paper kat ruang tamu...tu biasa dah tengok kan..yang ni satu lagi, semua keje kat rumah isteri buat..mengemas, jaga anak, bangun malam susukan anak, masak, mop lantai, tanam bunga ( nak bagi rumah berseri kan), hatta basuh keta pun isteri yang buat..di mana suami?bukankah kelihatan sang isteri lebih kuat dan hebat dari suami?

Ini realiti dalam kehidupan sekarang.Alasan "tu sume keje pompuan..tugas suami cari rezeki...(tak semua tapi kebanyakan)

Isteri juga mencari rezeki

Dunia dah maju..zaman dah berubah..zaman sekarang ni kebanyakan isteri juga keluar mencari rezeki..sebab?taraf hidup sekarang dah tak tertanggung dengan hanya suami sahaja bekerja..Jadi sekarang dua-dua bekerja..masih boleh guna alasan ni ke "tu sume tugas isteri..tugas suami cari rezeki je..boleh lagi??

Suami malu menolong isteri

Dayus?ada juga lelaki yang ego dan rasa malu bila kawan-kawan tengok dia tolong isteri jemur kain atau sapu sampah kat umah..sebab? malu jika dikatakan suami takut isteri..kena control la tuu..hah? ada pulak macam tu ke?peliknya..

Kerja rumah tu memang tugas isteri ke?sebenarnya bukan..tugas wajib isteri hanya melayan suami..Kalau suami mampu suami perlu menyediakan pembantu untuk melakukan kerja-kerja rumah tu...kalau tak mampu macamana?sama-sama buatla kan..dah sama-sama kuar cari rezeki...

Sayangi isteri anda

Jangan peduli apa orang kata..bukanlah dayus seorang suami menolong isteri...tetapi anda adalah seorang suami budiman yang mengikut jejak langkah Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...kasihanlah pada isteri anda yang kepenatan pulang dari tempat kerja, balik rumah kena pulak masak..layan anak-anak..dah masak kena kemas dapur pulak..dah makan kena basuh pinggan, kemas meja lagi..apa kata kerja tu sume dibuat bersama-sama..bukan ke boleh menambahkan mesra dalam rumahtangga?

Suami adalah raja, isteri pula permaisuri

Sering kita dengar suami adalah raja dalam rumahtangga..perlu dilayan makan, pakai, tempat tidur...isteri?apa kata ubah jadikan "suami adalah raja dan isteri merupakan permaisuri hati" Jadi tak akan ada istilah isteri seorang yang keletihan di rumah.Jarang sekali kita lihat suami melayan isteri seperti permaisuri..ada...tapi tak banyak...betul kan?

Jom kita belajar apa yang Rasulullah Nabi junjungan kita lakukan dalam kehidupan rumahtangga Baginda :

1) Menjahit baju sendiri bajunya

2) Memerah susu

3) Membaiki sendiri sepatunya

4) Membersihkan rumah

5) Menumbuk tepung

6) Menggantikan kerja pembantu sekiranya mereka terlalu penat

7) Membeli barang di pasar

dan banyak lagi...dan yang pastinya kerja-kerja tersebut dilakukan tanpa rasa malu sedikit pun..

Boleh amalkan?pasti boleh kalau ada kemahuan..

p/s :suami cf adalah raja..cf?haruslah bagaikan puteri...wink.wink..:)

Klik bawah untuk share.Terima kasih.



Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

13 comments:

Anum said...

thanks for share cikgu
kaum2 lelaki kena baca nie

Sheila Adziz said...

kdg2 tak perasan keje tu semua isteri yang buatkan... dah mcm semua itu tggjwb isteri walhal cari nafkah sekalipun... padahal itu semua tgjawab suami....

Niena Muhammad said...

laikeeeee entri ni kak.. bagus2..
hehehehehehe..

Cikgu Ma said...

syoknya kalo ada suami rajin tolong saya buat keje rumah...heheh

***kak, ape yang akak punye?tak paham komen akk...huhu

elayanz said...

perempuan mmg suke entry mcm ni yg pekena laki..~~.. pempuan pun jgn demand sgt.. kekdg laki tu dh tunjuk bek tlg dalam segala segi.. pastu dia plak nek kepala x bg suami buat ap yg dia nak..jgn la smpi kontrol yer wahai kaum hawa..

maszull said...

salam Cikgu Fad...nice n3 kalau kaum bapa yg baca ni kan lagi bagus biar die faham sikit kat kaum wanita ni ...:)

najihahfara said...

waa tetibe eksited nak jadi bini hihihi

Unknown said...

teringat pula waktu kak bidah tengah pantang, kena masak untuk dia masa tu. nanti nak wat entri tentang tula...he3 dapat idea dr entri ni.

Umie Nadhirah said...

tabik spring aku ngan Nabi kita =)

Hani Fakhitah said...

waa..best la..entri ni..xsmua suami mcm tu..susah nk cari..nk kna mnta tips kt cf..best dok ngan cf..sya hari2..ngadap dia..hehe..:-)

m said...

betul. lelaki harus tau akan perihal ini. jgn nak ikut sunnah nabi part kawen 4 aje. hihi =p

msredcheesecake said...

Trend lelaki pangai gitu...diaorg kena ikut trend, kalau tak nanti kena cop outsiders.... Saba je la...

yayath said...

hehe...nice entry cikgu fad:)