Saturday, August 13, 2011

Assalamualaikum...

Alkisahnya...Ada seorang lelaki yang tersadai di sebuah pulau kerana kapal yang dinaikinya karam..Dia berdoa kepada Allah setiap hari supaya menyelamatkannya..Dia juga sentiasa meninjau-ninjau laut dengan harapan ada kapal yang lalu dan akan menyelamatkannya..

Akhirnya lelaki tersebut membina sebuah pondok kecik untuk tempat dia berteduh sementara menunggu bantuan sampai...

Suatu hari dia meredah hutan untuk mencari makanan...Sebaik pulang dia mendapati pondoknya hangus terbakar..Tiada apa yang tinggal hanya abu dan asap berkepul-kepul naik ke langit..

Lelaki tersebut duduk dan merenung nasibnya yang malang...Dia mula mempersoalkan takdir..

"Kenapalah nasib aku begitu malang sekali?Kenapa Allah uji aku sampai tahap ini?Kenapa aku?
Petang itu sedang dia berehat di bawah pokok kelapa, dia ternampak kelibat sebuah kapal dari jauh seolah-olah menuju ke pulau itu.Sehabis daya dia menjerit dan melambai denga harapan pengemudi kapal nampak akan kehadirannya di situ.Jelaslah kapal itu memang menuju ke pulau itu...

Akhirnya lelaki tersebut diselamatkan dan dibawa naik ke kapal lalu diberi makan dan minum..Namun dia berasa hairan bagaimana kapten kapal itu tahu dia berada di pulau tersebut..

Lalu kapten kapal itu menerangkan :

"Kami ternampak asap dari pulau ini.Sebab itu kami menukar haluan ke sini kerana mungkin ada seseorang yang memerlukan bantuan."

p/s : Jangan sesekali mempersoalkan apa yang telah Allah tetapkan untuk kita.Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya.Boleh jadi sesuatu yang kita pandang sebagai musibah hari ini merupakan sesuatu yang memberi keuntungan di kemudian hari.



Sumber : solusi

Klik bawah untuk share.Terima kasih.
Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

14 comments:

MizzTina said...

sentiasa redha.. =)

Sheila Adziz said...

kdg2 kita pun x sedar sering merungut....

syoknyer naik buai tu... x pernah sampai pun sana ... :-(

Cikgu Ma said...

selamat hari sabtu kak...akak, saya tag nama akak join segmen ni (",)

http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2011/08/segmen-kad-raya-duit-raya-fairus.html

cik pha said...

setiap y berlaku ade sebab dan hikmahnya..Allah uji dia..tnpa dia sedar dia dah peroleh kekuatan..sape sangka terdampar di pulau keseorangan pulak tu suka cite ni kak =)

Ezad Skytech said...

best entri ni..ada pengajaran yg patut kita sematkan dalam diri..(^^,)

eva said...

masyaAllah.. betul tu.. jgn persoalkan.. nice entri..

Hafizin Jamil said...

serahkan semuanya pada Allah..huhu

shaliza khairi said...

betul2. jangan pernah merungut dengan dugaan dan ujian Dia. Dia tahu yg terbaik untuk hamba-Nya. =)

anismelon said...

kak..hurmmm..anis selalu mcm nie..hope ada hikmah disebalik kejadian..

najihahfara said...

tacing bile bace entry ni..em..tapi kan kak kadang2 x kuat nak face dugaan tu

farahNothman said...

kdng2 xseda kt merungut =,=

NMH said...

kita lah kan selalu must ade something yang kita tak puas hati bila Allah bagi something or tarik something sedangkan memang itu terbaek untuk kita

Lilynn said...

saya pun berharap musibah hari ini akan memberi hikmah yang baik nanti :( :( hari ni sy tengah sedih la kak :( :(

Unknown said...

Tu la. Bila ada musibah menimpa diri kita tak sedar yang kita ni selalu merungut. Padahal semua tu ada hikmah tersendiri.