Monday, July 11, 2011

Assalamualaikum..

Hari ni Cf nak buat entry tanpa short-form.hehehe...hasil segmen abg ben la ni..adeh..teguran dari DR BEN..
Dr Ben : Cikgu kenalah tulis dengan tulisan sempurna..Bukan short form..
Cf : Baik.........
Cf : hehehehe

Disebabkan teguran Dr tu...cf teringat pulak pasal doktor..bkn "dr" eh...nti kena marah lagi..haha..Baca entry separuh serius ni k..dengan muka sambil senyum..supaya tak pening..:)

"Masa cf belajar kat UKM dulu, ada belajar pasal hukum..antaranya adalah hukum mendapat rawatan dengan doktor lelaki bagi perempuan dan sebaliknya...

Pernah dengar kenyataan macam ni :

"Untuk tujuan perubatan harus bagi seorang wanita muslimah mendapatkan rawatan daripada seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya"

Ada juga yang mengatakan harus mendapatkan rawatan dengan doktor yang bukan mahram disebabkan sakit ( darurat).

Apa yang nak cf tegaskan kat sini mengenai darurat tersebut.darurat bukan semudah seperti kenyataan kat atas.

Cuba fikirkan persoalan di bawah ni :

"Katakan pada suatu hari anda sesat di dalam hutan.Dah masuk tiga hari tak makan.Dalam keadan yang tersangat lapar, tiba2 melintas seekor babi hutan.Nampak sedap dan kerana lapar anda tangkap babi hutan tersebut dan anda makan.Ketika itu apakah hukum anda memakan babi tersebut?"
Situasi di atas termasuk darurat atau tidak?

Jawapan :

Keadaan di atas belum dikira darurat.Sebab masih banyak lagi binatang kat hutan tu yang boleh kita cari dan makan untuk alas perut.Contohnya cacing tanah, buah-buahan,malahan siput babi itu lebih baik daripada memakan babi..Kita makan hanya untuk mengalas perut.Jangan kerana kita makan babi disebabkan babi tu lebih gemuk dan banyak daging daripada cacing. ( anda boleh rujuk majalah solusi isu no 32 untuk lebih faham )Demikian jugak permasalahan berkaitan perubatan dan rawatan doktor.

Sememangnya dalam situasi yang darurat umat islam dibolehkan melakukan sesuatu yang dilarang.Dalam bidang perubatan contohnya, jika berlaku kecemasan dan mendesak yang melibatkan nyawa dna kesakitan yang memerlukan rawatan segera dan keadaan tersebut tidak mungkin dapat dihindari dan tiada jalan lain lagi pada waktu itu maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan.

Namun haruslah kita faham bahawa situasi darurat itu adalah sesuatu keadaan yang bukan berlaku setiap hari.darurat hanya berlaku sementara dan perlu di isi sekadarnya sahaja.Jika sesuatu yang membuatkan keadaan darurat itu hilang, maka hukum haram itu kembali semula.Di sini cf bagi turutan doktor yang mana lebih afdhal atau lebih utama muslimah pilih.Jika anda faham persoalan memakan daging babi yang cf tulis kat atas tadi, pasti anda akan tahu dan faham dalam mengutamakan turutan doktor seperti di bawah :


a) Doktor perempuan islam

b) Doktor perempuan bukan islam

c) Doktor lelaki islam

d) Doktor lelaki bukan islam

* Kita wajib memilih doktor a.Sekiranya kecemasan dan tiada doktor a, barulah kita boleh menemui doktor b.Begitulah seterusnya mengikut keutamaan seperti di atas.

( Sekarang ni kat negara Malaysia kita yang tercinta ni dah banyak sangat2 doktor lelaki dan perempuan.tiada lagi alasan untuk bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan daripada doktor berlainan jantina )

Pilihan di tangan anda.Tepuk dada, tanyalah iman.Renung-renungkan dan selamat beramal.

Senyum sikit..:)

Kalau ada sebarang soalan tak faham, anda boleh tulis kat ruang komen.InsyaAllah cf akan cuba jawab.


kalau doktor handsome camni, agak-agak tergugat tak iman?
hehehehehe.....
Categories:


Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com

7 comments:

Isteri Encek Bard said...

terima kasih atas perkongsian inie

Niena Muhammad said...

hehehe,, btul xleh la gna short fon sgt kecuali yg mnjadi kebiasaan, erm.. btul, klo tentera pn dilepas lam hutan xdiberi apa2.. iktiar hidup,klo lapar mkn la pape,, kwn sy mkn ular tau eee, dia kata cam ikan keli smpai skang xleh telan ikan keli tu.. tpi niena xpnah la telan benda2 tu .. yg mkn monyet,kura2..lipan pn ada. mkn sekadar mengalas perut shj cukup la.. jgn plak mkn smpai sendawa kekenyangan

cikgu said...

ieb : sama2..hehe

niena :ular?eee...geli tokak den..haha..btl la tu..anak buah akk pun bgtau camtu...kalau dok tepi sg xpe lg..ley tgkap ikan..fuh..tgk diorg tgkp ikan kelah,besar2..

Diana @ BKKC said...

slm kenal....huhu...kalau ade choice..sy akan pilih yg female..huhu... tp mase admitted dulu..siap request kat nurse..taknak doktor lelaki cuci wound lagi..luckily..ade staff yg available..fuh..segan tuh

Gary Asip said...

err.. gary suka doktor pompuan~.. =P

cikgu said...

gary :suh adik gary jd doktor ea..hehe

Niena Muhammad said...

a'ah.. ikan kelah mmg best ^^ suka