Tuesday, March 14, 2017



Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru baru ni CF berpeluang review sebuah smartphone dari Singapore iaitu GT-888 dari Gt Mobile.Sebelum CF cerita lebih lanjut, jom  kita tengok fizikal GT Mobile ni.





Smart kan? GT Mobile ni adalah jenama telefon pintar yang pertama based di Singapura.GT Mobile ada mengeluarkan 2 jenis smartphone iaitu GT-888 dan GT-886.Gt Mobile adalah milik GT Group yang baru sahaja melancarkan aplikasi terbaru mereka iaitu GT Dollar.

Dari segi design dan luaran memang cun abis.Pilihan warna ada dua iaitu grey dan silk white.Apa yang istimewa smartphone ni walaupun skrin 5.5 inci tapi bila pegang terasa sangat ringan dan selesa.Maklumla sekarang ni kan kita pegang telefon hampir sepanjang masa, kalau berat sangat boleh kebas juga jari kan...

Kat bawah ni Cf kongsikan spec GT-888 :



Model
GT-888
Dimensions
158.9*77.5*8.6mm
CPU
MT6735P 4*Cortex-A53 1GHz
GPU
ARM Malit720-MP1 600MHz
RAM
1GB / 2GB
Storage
16GB 
Display
5.5”720*1280 pixels
Battery
 2550mAh
OS
Android 5.1
Camera
Rear-8.0MP,Front-5.0MP
SIM card
Dual SIM (SIM+MicroSIM)
WI-FI
802.11a/b/g/n
USB
Micro 5pin
Bluetooth
4.0
Positioning
GPS A-GPS

Amacam spec GT-888 ni ok kan?Bila unboxing GT-888 ni dalam box tu lagi CF teruja sebab semua lengkap termasuk la casing.Kan senang dah tak payah susah keluar nak cari casing dia lak kan.

Apa yang ada dalam setiap set smartphone ni adalah :

1 x Telefon pintar GT-888
1 x Bateri
2 x Screen protector
1 x Pengecas berserta kabel
1 x Casing jenis Silicon
1 x Earphone

Lebih menarik lagi GT Mobile ada fungsi pengecasan pantas terbina dari Texas Instrument yang membolehkan ia dicas 35% dalam masa 15 minit dan boleh masukkan 2 simkad dalam satu masa.Senang la CF tak perlu bawa banyak fon bila keluar rumh.

Setakat ni CF memang puas hati dengan GT-888 ni...lebar, ringan, bateri tahan lama dan design yang smart.

Kalau nak tau lebih lanjut lagi tentang GT-888 korang boleh ke laman web kat bawah ni :









Blogger separuh masa | travel | food review | Lifestyle | Love Art | Photography. Contact me dilamin82@gmail.com