Aktiviti travelling dan backpacking
kini bukan hanya untuk lelaki sahaja.Kaum wanita juga sudah tidak asing dalam
kegiatan ini.Jika anda sudah serius masuk ke dunia backpacker, anda perlu bijak
memilih backpack yang sesuai untuk anda.
Backpack adalah barang yang terpenting
untuk seorang backpacker.Jika anda membeli backpack yang salah boleh
menyebabkan anda sakit tulang belakang dan bahu.Backpackers wanita seharusnya
perlu membeli backpack yang dikhususkan untuk wanita.Ini kerana potongan badan wanita
dan lelaki berbeza.Biasanya backpack untuk wanita lebih slim dan kecil.Backpack untuk wanita akan membuat anda lebih selesa kerana ianya akan lebih grab di badan anda. Namun tidak semua beg lelaki itu tidak sesuai untuk wanita kerana ianya bergantung kepada jenis badan dan spesifikasi yang anda mahukan
Jika disentuh tentang jenama ada sesetengahnya agak setia dengan jenama
kegemaran mereka. Namun anda harus tahu setiap jenama backpack menawarkan
koleksi backpack dengan kualiti yang berbeza.
How to get best backpacks for women.?Itu adalah panduan yang ingin cf kongsikan bersama anda dalam artikel ini. Memilih size backpack ketika mencari
beg yang baru adalah antara yang paling susah untuk dilakukan kerana ada
masanya ia agak melecehkan dan memerlukan anda meluangkan banyak masa dan
tenaga. Anda harus mempunyai jangkaan yang realistik tentang berapa banyak yang
anda mahu bawa dan berapa lama anda akan menggunakannya.
Berikut adalah perkara yang perlu diambil kira ketika anda memilih backpack :
1. Jenis
Backpackers wanita harus memiliki backpack yang direka khas untuk wanita.Jika anda membawa backpack yang tidak sesuai, anda akan lebih cepat penat dan tidak selesa sepanjang pengembaraan anda.
2. Size
Size backpack untuk wanita yang paling sesuai adalah mengikut ukuran tulang Torso anda.
3. Kapasiti
Kapasiti backpack haruslah sesuai dengan masa perjalanan anda seperti di bawah :
- Day Trip / Short Trip : bawah 40L
- Overnight : 45L - 55L
- Weekend Trip : 55L - 65L
- Longer Trip : 65L - 80L
- Extend Long Trip ; 80L - 95L
4. Features
Banyak feature backpack yang anda harus fikirkan dalam pemilihan. Memilih backpack dengan feature yang bagus adalah sangat penting untuk mendapatkan backpack wanita yang terbaik. Antara feature yang anda harus fikirkan adalah seperti duffel capability, add on daypacks, front loading, side loading, cords for sleeping bags and tents, camera and laptop protection, external pockets dan camelback hookups.
Tentang harga pula apa yang anda bayar
itulah yang anda akan dapat. Jika anda mahu yang murah anda mungkin terpaksa
menukarnya dalam tempoh penggunaan yang singkat. Backpack dengan harga yang
lebih mahal pula kebiasaannya mempunyai kualiti terbaik kerana diperbuat
daripada bahan bermutu tinggi.
Kini anda boleh membeli backpack secara online.Semuanya dihujung jari.Jadi, pilihlah backpack untuk wanita ya.Jangan asal ada sahaja. :)