Jangan simpan perasaan benci dan marah di dalam hati.Kerana ianya akan membuat hati lesu dan kotor.Keluarkan ia dari hatimu,penuhi dengan kasih sayang.Hatimu akan tenang dan lebih tenteram.
Thursday, December 13, 2012
Wednesday, December 12, 2012
Tuesday, December 11, 2012
by cikgu on 8:17 PM
No comments
Cinta itu bahagia..
Cinta itu derita...
Ada yang tak pernah merasai Cinta...
Ada yang tak pernah memiliki Cinta..
Ada yang tak pernah merasa di Cintai..
Bersyukurlah jika kini kamu menCintai dan di Cintai..
Friday, December 7, 2012
by cikgu on 7:31 PM
19 comments
30 November 2012 aritu cf de bercuti ke Sabah...Cf nak review sikit pasal Sabah dan tempat-tempat best yang cf dah pegi..Sabah memang best...tak rugi kalau korang pegi sana.. :)Di akhir entry ni cf akan tunjuk budget percutian ke Sabah.. :)
Kundasang
Kundasang adalah tempat yang paling best cf pegi..macam kata sahabat cf "awak akan nampak awan di bawah awak" :)..Kundasang dikelilingi awan dan kabus...lebih-lebih lagi bila selepas hujan...kabus tebal dan sejuk...nyaman..cf tempah Strawberry Garden Hotel kat Kundasang 3 hari 2 malam..banyak dah hotel yang penuh..terlupa nak tempah sebab sibuk sikit..so, kalau korang nak ke sana tempah la 3 minggu awal...boleh la dapat hotel yang cantik sikit macam Kinabalu Pine Resort..Strawberry Garden Hotel pun ok dah..selesa dan murah...Rm90 satu malam untuk harga school holiday. Berhampiran Kundasang ada banyak tempat best yang boleh korang pegi...contohnya cam kat bawah ni ha... :)
Kinabalu Park
Kat kinabalu Park ni ada tempat nama Timpohon...Situlah tempat mula mendaki Gunung Kinabalu...Korang boleh nampak Gunung Kinabalu jelas kat situ..
Strawberry Garden Hotel
Ini Pemandangan dari bilik cf...nampak tak awan kat bawah tu... :) Sebenarnya cf lupa snap gambar hotel ni..ni je la yang ada..
Pasar Ranau
Kat Pasar ni cf beli buah tarap...sedap...kena try kalau datang sabah...buah tarap yang macam nangka tu...
Hot Spring
Sini tempat mandi air panas la...kat situ ada disediakan kolam2 kecik untuk pengunjung..jadi kalau mandi tu takde la bercampur ngan orang lain..boleh isi air panas dan sejuk dari paip yang disediakan dalam kolam tu.
Canopy Walkway
Canopy Walk ni atas bukit dalam hot spring tu..kena naik bukit sikit la nak ke sana..macam berjalan atas pokok...kalau pandang bawah seram gak la..huuu...tak sesuai untuk orang gayat macam cik eka..heee..tapi boleh cuba nanti eh eka bila datang.. :)
Fish Massage, Tagal Sg. Moroli
Kalau datang sini tak yah risau la tak dapat pegang ikan tu..sebab bila kaki masuk air je ikan tu akan datang serbu...huuuu..cf geli...tapi ikan ni tak gigit pun..dia takde gigi pun..heee...cuma hisap je camtu...terapi kan..ni ikan kelah..dibela sejak kecil sebab tu jinak...
Dairy Farm Kundasang
Sini tempat paling best gak...cantik...bila datang sini macam wow...nyaman je..seindah mata memandang...tapi macam ada sesuatu yang kurang kat sini...cf yang rasakannya...:) macam new zealand kan..iklan susu fearnleaf..sini pun banyak awan..:)
Pulau Sapi
Pulau Sapi terletak berhampiran dengan Kota Kinabalu..Pulau Sapi ni air tak dalam..ikan pun banyak..boleh snorkling..tapi kat tepi pantai tu je la..mandi manda berenang-renang memang best sebab air biru...puas hati..Sebenarnya cf amik tiket cuma ke Pulau Manukan..tapi pemandu bot nak hantar 1 Family ke Pulau Sapi ni,so dia singgahkan kami sekali 2 jam kat situ...rezeki cf dapat jejak Pulau Sapi dengan percuma.. :)
Pulau Manukan
Air kat Pulau Manukan dalam sikit..hati-hati la snorkling kat situ..takut lemas je...tapi kat Pulau Sapi dan Manukan diorang de letak sempadan untuk pengunjung mandi manda...jadi tak boleh pegi jauh sangat..bahaya gak kan..mana tau ada jerung..heee.. Percutian ke Sabah memang berbaloi dan memuaskan...Sabah kan kaya dengan keindahan alam..makanan kat sini pun lebih kurang macam kat semenanjung...ada kedai yang sedap dan ada yang tak..huu..kena pandai pilih la..pilih kedai yang pemiliknya pakai tudung untuk muslim eh... Bawah ni cf bagi budget cf untuk percutian ni untuk 2 orang..
Ni no contact sewa kereta murah ( viva sehari rm90 )
Nik Azlan 019-5851031
30 nov 2012 - 4 dis 2012
Tiket Airasia 2 orang = rm312 (2 hala harga promosi)
Kereta Sewa ( viva ) = rm270 3 hari
(sehari rm90)
Strawberry Garden Hotel Kundasang 2 malam = rm180
Tune hotel Kota Kinabalu 2 malam = rm102
Tiket ke Pulau Manukan = rm60
Tiket hot spring,fish massage,canopy walk,dairy farm,kinabalu park = rm30
Makan =rm100
Upah hantar ke lcct = rm30
Cenderahati = rm200
(terpulang kat korang eh)
Jumlah : rm312 + rm270 + rm180 + rm102 + rm60 + rm30 + rm100 + rm30 + rm200 = rm1284
Rm1284 untuk 5 hari di Sabah...berbaloi kan!percutian perlu dirancang..itu yang paling penting..
Tips :
1)Tiket Airasia kena tempah masa harga promosi baru dapat harga murah
2)Tune hotel nak harga murah kena tempah awal.cf tempah 10 bulan awal lepas tempah tiket airasia tu..
3)Sediakan budget untuk cenderahati.Takut terlebih budget nanti.
Jom ke Sabah bah!
Sila like dan share di bawah.TQ
Subscribe to:
Posts (Atom)