Wednesday, December 28, 2011

Assalamualaikum...

Tengok gambar tu terliur tak?itu strawberry Korea..rasa dia memang berbeza dengan strawberry Cameron or Genting Highland mahupun Australia...

Penah dulu Cf terbaca dalam satu blog dia tulis strawberry Korea memang sedap..puasla cari kat Giant,Tesco dan mana2 pasaraya besar sume jual strawberry Australia dan Cameron...

Susah nak cari yang dari Korea..harga pun sama je lebih kurang Rm12 sekotak..tapi rasa,dia memang manis..tak sama dengan strawberry Cameron yang masam tu..huhuhu..

Kalo dak sebelum ni beli strawberry mesti cf wat juice sebab masam nak makan...kali ni tidak lagi...sungguh sedap dimakan begitu saje...hehe

Cubala cari dan makan kalo nak tau kebenarannya...

Strawberry ni ada jual kat pasaraya NSK Meru kat umah cf..

Klik bawah untuk share.Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Friday, December 23, 2011

Assalamualaikum..

  • Sebagai makhluk, kita tidak akan mampu menyukakan hati semua orang.

  • Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya.Orang yang tidak ikhlas punya ramai 'tuhan' kecil untuk dijaga.

  • Jangan labelkan diri kita dengan negatif.Kita hanya 'fail' tapi bukan 'failer'.

  • Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah.

  • Apa gunanya disukai oleh orang yang dibenci Allah?Sukanya tidak memberi manfaat.Bencinya tidak memberi mudarat.
*Anis*

Klik bawah untuk share.Terima kasih.



Wednesday, December 21, 2011

"Sesungguhnya marah daripada syaitan...syaitan diciptakan daripada api...api pula boleh dipadamkan dengan air...
Maka apabila kamu marah,pergilah berwudhuk..."

p/s : Untuk peringatan diri sendiri ni...tuk anda juga...hehe

Klik bawah untuk share.Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Cantik kan...

Klik bawah untuk share.Terima kasih

Monday, December 19, 2011

Assalamualaikum...

Lepas terbaca entry MTT toink toink, cf terus tukar facebook timeline..menarik..macam ada semangat baru plak....berwajah baru..hehe..


Meh cf ajar sesapa yang nak cuba eh.



Langkah pertama

Pegi kat home, klik butang kat sebelah home dan klik help :




Langkah kedua

Klik introducing timeline :




Langkah ketiga

Klik Get timeline :




Dah siap..senang je kan...

Timeline ni boleh letak gambar ala2 header blog kat profile..:):)..jom cuba!

Klik bawah untuk share.Terima kasih.

Assalamualaikum


Google

Orang selalu cakap "Bumi mana yang tak ditimpa hujan..Manusia mana yang tidak pernah berdosa..Bukanlah kerana pepatah ini kita boleh sesuka hati melakukan dosa..

Tapi sebagai manusia kita diciptakan dengan memiliki sifat alpa..Tidak lepas daripada ujian dan dugaan hawa nafsu..

Namun, tidak kira betapa kelam atau hitam masa silam, kita masih ada masa untuk jadikan hari ini dan hari akan datang lebih putih dan suci tanpa noda...

Jika semalam diari harian terpalit warna hitam maksiat, pastikan hari ini bangkit bertahajud merintih dan memohon keampunan daripadaNya..

Jika dulu bergelumang dengan dosa terasa manis dan indah, pastikan hari ini dosa itu terasa pahit dan punca sengsara..

Jika zaman kegelapan akal terasa kosong dengan ilmu dan panduan untuk membezakan baik dan salah, binalah langkah hari ini untuk lebih dekat dengan al-Quran dan hadis.

Moga warna hitam yang telah kita corakkan dulu kini mampu kita lunturkan...Biar merangkak..biar bertatih asalkan kita masih berada di atas landasan Ilahi...

Moga kita akan menjadi insan terpilih untuk memiliki petunjuk dan hidayahNya setiap saat..Amin ya Rabb..

Klik bawah untuk share.Terima kasih.


Thursday, December 8, 2011

Assalamualaikum...

Piorea ialah penyakit gusi yang menyebabkannya kecut dan gigi goyah.

Asid organik daripada anggur merupakan antiseptik yang kuat dan berkesan mengubat penyakit ini.

Amalkanlah diet anggur yang eksklusif untuk beberapa minggu bagi mengukuhkan kembali kedudukan gigi pada rahang dan menghilangkan racun piorea.

sumber :Anis
Published with Blogger-droid v1.7.4
"Hujan membuatkan hati rindu"
Published with Blogger-droid v1.7.4

Thursday, December 1, 2011

Pandangan mata selalu menipu...

Pandangan akal selalu tersalah...

Pandangan nafsu selalu melulu..

Pandangan hati itu yang hakiki...

KALAU HATI ITU BERSIH...

Hati kalau terlalu bersih pandangannya akan menembus hijab...

Hati kalau sudah bersih firasatnya tepat kehendak Allah..

Tapi hati bila dikotori bisikannya bukan lagi kebenaran...

Credit to Hijaz

p/s : Hati akan kotor kerana dosa..dosa2 kecil yang kita rasa nothing sebenarnya semakin hari hitamnya itu akan menggelapkan hati ...
Published with Blogger-droid v1.7.4