Monday, October 31, 2011



Assalamualaikum...

Jom join segen Nasz

Meriah...

Tak caya cubalah..

Kat sini

Heeee

Tuk Nasz :

Terima kasih buat segmen untuk blogger ek..

Bermanfaat tuk kamu, saya,mereka dan keluarga mereka..

Kih3

Tuk Blogger yang datang singgah :

Selamat datang Cikgu Fad ucapkan ek..

Jom berkenal-kenalan..



Mood : Ceria


Friday, October 28, 2011

Assalamualaikum..

Cf tertarik dengan satu slot solusi baru tuu...sini cf huraikan kat korang semua ek..

Manusia

Cukupkah sekadar menjadi manusia?makan, minum, tidur, bangun, kerja, menikmati hidup...

Kita perlu pegangan agama..

Muslim

Cukupkah sekadar menjadi muslim?ucap shahadah dah cukup ke?tak perlu tunaikan perintah Allah..tak perlu jaga dan nikmati je hidup ni..tak perlu bezakan yang mana dosa dan pahala...

Mukmin

Cukupkah sekadar menjadi mukmin?solat, puasa, jauhi maksiat, sedekah,dan lain2..

Manusia, muslim dan mukmin wajib meningkatkan tahap keimanan dan takwa..

Jangan setiap hari sama je apa yang kita lakukan..takde peningkatan langsung..tak maju la diri kita camtu..( tuk cf la ni..hehe )

Semakin meningkat tahap ketakwaan orang itu, tandanya dia mencari keredhaan Allah dan mencari rahmat Allah..

Faham tak apa yang cf nak sampaikan sebenarnya?meh baca sini :

Kehidupan yang kita jalani sekarang bukanlah setakat cukup kita ada kehidupan, rumah, makanan yang baik...kita perlu agama sebagai hala tuju hidup kita..

Agama juga bukanlah cuma sebagai pegangan je..

>>apa agama awak?

>>Islam.awak?

>>samala..islam juge...

Akhir sekali tak cukup sekadar solat setiap hari, puasa, zikir, atau macam2 lagi ibadat jika dilakukan hanya disebabkan itu adalah satu suruhan agama...

Dengan mengharap balasan syurga..kita juga perlu mencari keredhaan Allah..

Telah ditakdirkan kita menjadi seorang manusia bukan haiwan..

Jadilah manusia yang beragama, mukmin (beriman ) dan mencari keredhaan Allah..

Menyembah Maha Pencipta dengan rasa rendah hati..

Malu dengan Dia kerana dengan segala nikmat melihat, mendengar, berjalan, bercakap yang diberikanNya, kita masih sombong melakukan dosa dan lalai tanpa rasa bersalah sedangkan Dia sentiasa memerhatikan segala tingkah laku kita..

Inilah yang perlu kita cari..Keredhaan dan rahmat Allah...

Jadilah seorang manusia yang muslim, mukmin dan mencari keredhaan Allah SWT.

Orang yang mendapat rahmat Allah, orang itu akan bahagia di akhirat kelak.

Klik bawah untuk share.Terima kasih







Monday, October 24, 2011

Assalamualaikum..

Alang2 menyeluk pekasam, jangan sampai ketiak masam..eh?wakaka..mengarot neh..

Cf kan sedang usha2 hotel tempat honeymoon...cf cari hotel dari web halal JAKIM..

Kat bawah ni nanti Cf sediakan link untuk kawan2 cek mana2 hotel yang ada pengesahan halal dari JAKIM...

Cf maklum bila dah akhir tahun ni banyak office yang buat annual dinner bagai kan..

Wajib sesapa yang uruskan tempat jamuan dan dinner ni pilih hotel dan restoran yang halal.



Tau tak sebab apa penting kita pilih hotel dengan pengesahan halal JAKIM?

1) Sebab dapur.. hotel ada jugak jual makanan dari daging khinzir tu...kalau dia masak daging tu guna dapur yang sama tuk dia masak makanan lain camana..

2) Daging dan ayam adakah halal?

3) Bahan2 masakan macam sos dan lain2 adakah halal?mana tau dia amik buatan cina yang ada campuran ntah pape yang tak boleh kita makan..

4) Menu dimasak tidak dicampur arak..

Korang mesti tau kan chef hotel ni ada yang masak suka letak arak..

Nak tau lebih lanjut korang boleh baca web Ustaz Zaharuddin ustaz yang terkenal tu.web dia ni banyak info semasa tentang hukum.

Harap kawan2 yang beragama islam hanya pilih hotel yang ada kat web halal jakim untuk pergi bercuti dan dinner.

Berhati2 la nak pilih hotel ni...memang nak makan sedap..dahla bayor pun mahal...pastu haram plak lagi...pilihan di tangan kita..bukan oranglain yang tentukan apa yang masuk ke tekak kita..

p/s : ni untuk peringatan cf gak yang suka bercuti..hehe


Tuesday, October 18, 2011

Assalamualaikum...

Cf tengah sedih sebab baru kehilangan anak saudara yang masih dalam kandungan kakak ipar..berusia 4 bulan...

Kakak ipar cf memang dah banyak kali gugur..belum. ada rezki yang kekal tuk dia sepanjang lebih kurang 12 tahun perkahwinan..

Bila dia pregnant kali ni memang kami 1 family happy sangat..dia jaga makan, dia sanggup tak balik penang beraya sebab takut gugur lagi...tapi...Allah Maha Mengetahui segalanya yang terjadi..Redha itu syifa' (ubat)

"Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu,dan ingatlah Allah jualah yang mengetahui sedang kamu tak mengetahuinya."
(Surah al-Baqarah ayat 216)

Klik bawah untuk share.Terima kasih.




Published with Blogger-droid v1.7.4

Saturday, October 15, 2011

Assalamualaikum..

Nampak tajuk kat atas?

Dah tau kan cf join segmen...

Jom beratur belakang cf kita join ramai2..

Baru meriah yaw!!

Sesapa nak join klik sini

Kepada rakan-rakan blogger yang join dan datang blog ni :



Cikgu Fad dengan sukacitanya mengucapkan


SELAMAT DATANG DAN SALAM PERKENALAN


jemput makan....


Muahahahaha

Semoga Ukhwah dan perkenalan yang terjalin akan membuahkan kemesraan..




Thursday, October 13, 2011

Assalamualaikum...


Bila anak murid menggunakan perkataan bangang sial kat cikgu..
Takde langsung rasa hormat dan sayang pada cikgu..
Sedangkan cikgu itu bukanlah macam harimau..
Tapi cuma seperti seekor kucing..
Yang tegas dan manja...
Ada ke patut dia buat camtu?

Sedih...sedih...




Wednesday, October 12, 2011

Assalamualaikum..

Ini adalah penerangan secara ringkas.Harap maklum.

Perbezaan bacaan al-Quran ada 7 atau 10 imam...Cara bacaan yang kita guna kat Malaysia sekarang adalah dari riwayat Hafs dari Imam Asim.

Contoh perbezaan bacaan dalam al-Quran macam ni :

Dalam surah ad-Dhuha :

riwayat Hafs baca والضحى ( wadduha)

riwayat Warsy baca والضحى ( wadduhe)

Perbezaan bacaan macam kat atas tu tidaklah mengubah maksud ayat tersebut.

Macam orang kelantan sebut makan dengan make..makna tetap sama kan.

Hikmah dibenarkan membaca al-Quran dengan pelbagai riwayat ni supaya al-Quran mudah dibaca dan difaham oleh pelbagai bangsa dan loghat...Kat negara arab sana macam negara kita gak..bila dah masuk kawasan dan tempat yang berbeza macam kat hulu2, maka bahasa arab dia pun ada perbezaan mengikut loghat masing2..

Macam Malaysia...Ada orang kelantan,negeri 9, kedah, terengganu..lidah dan loghat diorang lain dengan bahasa melayu asli kan.

Kalaulah al-Quran hanya dibenarkan dibaca dengan satu bahasa standard sahaja, mestila susah orang yang dah biasa dengan loghat dia dan berbelitlah lidah diorang.Dengan pilihan riwayat yang ada, maka itu dapat membuatkan ramai orang tertarik untuk membaca al-Quran..lebih2 lagi masa islam baru berkembang dulu...

7 Imam qiraat As-Syatibi yang terkenal dan perawinya adalah :

1) Abu 'Amru
bin Al-Ala' ( perawinya adalah Ad-Duri dan As-Susi )

2) Ibnu Katsir ( perawinya adalah Al-Bazzi dan Qunbul )

3) Nafi' Al-Madani ( perawinya adalah Qalun dan Warsy )

4) Ibnu Amir Asy-Syami ( perawinya adalah Hisyam dan Ibnu Zakwan )

5) 'Asim Al-Kufi ( perawinya adalah Syu'bah dan Hafs.)Qiraat ini yang kita biasa baca.

6) Hamzah Al-Kufi ( perawinya adalah Khalaf dan Khalad )

7) Al-Kisa'i Al-Kufi ( perawinya adalah Abul Haris dan Duri )

3 Imam qiraat Al-Jazari adalah :

1) Abu jaafar ( perawinya adalah Ibnu Jammaz dan Ibnu Wirdan.

2) Yaaqub ( perawinya adalah Ruwais dan Rauh

3) Kholaf Al-Asyir ( perawinya adalah Isyaq dan Idris )

p/s : nak tengok dan dengar contoh kat TV tengoklah Akademi Al-Quran

Klik bawah untuk share.Terima kasih.






Anak kucing Cikgu Fad...Muahahaha
Published with Blogger-droid v1.7.4

Tuesday, October 11, 2011

Assalamualaikum...

Mereka boleh duduk semeja...
Mereka berbincang bersama...
Tidak mengira latar belakang kaum...
Tak kira apa agamanya...
Mereka satu tujuan...
Mereka satu semangat....
Merekalah generasi kita...
Mereka 1 Malaysia....

Kita pun boleh...ayuhlah...

Klik bawah untuk share.Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4
Assalamualaikum..

Agak2 cf la PRU memang dah nampak bayang2...

Sebab sekolah cf ni dah dilantik (che wah!) sebagai pusat PRU nanti...

Dan kakitangan sekolah ni pun diundang ( ayat tak sesuai )menjadi petugas di hari penting...elaun lumayan..sape nak daftar sila angkat kaki...hahaha

Cf pun daftar...ambil pengalaman kan.kan...ambik duit gak..keh3...tapi secara jelas tarikh PRU belum tau lagi bila...tunggu je la ek...

p/s: mesti cf letih giler PRU nanti...huhuhu

Klik bawah untuk share.Terima kasih.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, October 10, 2011

Assalamualaikum....

Beberapa kali masuk blog abg ben ternampak last entry dia ada tulis published with blogger -droid v1.7.4...

Hati berdetak2 nak tau camana abg ben publish dari android dia...hajat hati nak tanya abg ben...tapi....tak nak la nanti dia bosan plak kan...

Akhirnya cf usaha google...cari camni ha ' cara update guna android' kih3...akhirnya jumpa tutorial yang sesuai dari blog afendi.my..cf follow terus blog dia...haaa...tanda terima kasih la kan....

Sekarang senang dah nak update kat mana2 pun...guna Blogger droid ni simple je...nak post entry sangat mudah...

Okey,kalau korang pengguna hp android cepatlah install Blogger droid...

Salam sayang....

Published with Blogger-droid v1.7.4
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua...!jangan lazy2 ye hari isnin ni...cf rotan nanti..keh3

Ni cf nak kongsi pada semua tentang mobile version...

Cf ni pengguna Samsung Galaxy S...masa laptop hilang aritu cf BW dengan hp jela...bila berjalan-jalan tengok blogger ramai yang tak aktifkan mobile version...nak tau tak apa kelebihan mobile version ni?

1) Pembaca yang online guna hp akan suka ke blog korang sebab terus auto jadi versi tepon..nak load ringan.ni cf tunjuk blog cf bila buka kat samrtphone cf:



Dia akan jadi camtula...takde background bunga2 bila buka kat hp..so, cepat la load..

2) Akan menarik ramai pengguna smartphone untuk ke blog anda...

3)Bila guna mobile version ni dia akan kuar entry blog je..so, kalau pengguna smartphone nak follow korang dia kena klik kat VIEW WEB VERSION cam gambar kat bawah ni :


Bila klik kat situ baru dia akan kuar blog penuh cam biasa...okey, cara2 nak settting adalah :

1)pergi ke dashboard

2)Klik Setting

3)Klik Email & Mobile

4) Korang akan jumpa camni :



5)Korang klik kat tempat cf klik tu k.

6) Lastly save la.

Siap...!:):)

p/s :Korang kena setting mobile version ni untuk menarik ramai pembaca yang rata-rata sekarang menggunakan iphone atau smartphone.

Klik bawah untuk share.Terima kasih.



Thursday, October 6, 2011

Assalamualaikum..

Tengok je tajuk, mesti ramai senyum2 teringat buah hati kan.kan...hahaha..jom tengok camana nak risik perangai diorang camana :

1) Adakah dia solat?

Ni yang paling penting..tengok dia jaga solat ke tak...kalau si dia amik berat hubungan dengan Allah dan sentiasa ingatkan korang suh solat, InsyaAllah dia calon suami terbaik..

2) Cara bercakap

Boleh tengok dari cara dia bercakap dengan oranglain di sekeliling dia...kalau dengan kita pasti lemah lembut je kan..kadang2 tu semua palsu..cinta ni kan kadang2 lain kat depan kita, lain plak kat belakang...cek la cara dia cakap tu lembut ke, sombong, rendah diri atau panas baran..

3) Hubungan dengan keluarga

Perhatikan hubungan kekeluargaan dia...adakah dia baik dengan adik-beradik, mak ayah atau seorang yang bermasalah dengan keluarga...Inilah penanda yang paling baik untuk tau akhlak seseorang lebih-lebih lagi dengan mak ayah dia..kalau dengan mak ayah pun dia boleh melawan, apatah lagi dengan korang..

4) Hubungan dengan rakan

Dah cek hubungan dia ngan keluarga, cek pulak hubungan sosial dia...dengan sape dia berkawan, apa feedback kawan2 dia tentang si dia..tu sume kena amik tau gak...kalaulah kawan2 dia banyak complent hal negatif je pasal si dia, pasti ada yang tak kena...be carefull..bukan apa..kadang-kadang dunia percintaan ini nampak baik dan indah kat depan mata je..padahal belakang kita?Tuhan je yang tau...

Jangan terlalu percaya dengan pandangan mata..kerana adakalanya ia menipu kita...pasangan kita adalah dia yang akan menemani kita sepanjang masa selepas berkahwin..anda akan menyesal andai ambil mudah semua ni...kalau lah si dia panas baran, kuat cemburu,pendengki, suka memaki hamun, suka naik tangan bila marah?adeh..gelap dunia ni sayang oi...huhuhu



Google..seram wei kalau suami korang camni nanti..huhuhu


p/s : rugi kalau kahwin lambat..kih3

Klik bawah untuk share.Terima kasih.


Wednesday, October 5, 2011





Bestfriend baru



Monday, October 3, 2011

Assalamualaikum..

Yeeeehhaaaa..!

Ada dua kegembiraan dalam entry ni..

First :

Update dari laptop baru untuk pertama kalinya..

Second :

Berkenaan dengan kehadiran blogger tercinta di blog ni..

FOLLOWER KE 556




Google...Nurul sentiasa cantik depan kamera

Nak baca comment Nurul klik entry sini

Cf memang minat dengan penulisan dan peribadi Nurul ni...dan teruja bila Nurul jadi follower cf dan hulurkan salam ukhwah...amatlah dialu-alukan...Terima kasih Nurul...

Dengan entry ni, bukan bermakna follower lain tak istimewa...semua follower blog ni cf anggap kawan lebih-lebih lagi yang sentiasa keep in touch kat facebook...tak penah jumpa tapi boleh mesra..unik kan?

p/s : Jejaka yang dalam bulatan tu memang sume dah kenal kan..hehe


Sekian, wassalamualaikum..

Like..Like bawah..:)