Tuesday, September 27, 2011

Assalamualaikum..

Dah lama cf tunggu segmen abg ben ni..rindu dengan segmen dia..sebab kalau join segmen abg ben ni memang meriah tau.tau..




Tujuan cf buat blog

Memula sebab suka-suka nak menulis dan berkongsi dengan pembaca..korang?mesti ramai yang sama tujuan dan arah tuju ngan cf kan..

Sebab utama korang perlu singgah sini

Sebab cf nak tambah kenalan cf..cf nak ramai kawan yang ikhlas nak bersahabat..bukan sekadar tambah follower tau...
Dalam blog ni pun banyak info agama untuk rujukan korang2 semua...silakan baca ye..:):)

5 buah blog menarik?ops...

Cf try pilih eh..yang tak terpilih jangan kecik ati..banyak yang best...tp abg Ben nak 5 je..huhu

Blog Cik Eka

Eka ni memang pandai bercerita...kalo dah wat karangan panjang berjela..
penat guru BM nak baca karangan dia..haha..Eka baik..

Lulu pages

Blog ni banyak berita dan info semasa..dah jadi cam surat khabar bergerak cf..
Lulu, cf selalu baca tapi jarang comment..

Niena si pengembara

Dia masih mengembara mencari cinta dia yang mencintai Allah..hehe

Her name is Effarini

Dah lama kenal effa..walaupun dia dah jarang update tapi keep in touch kat Fb..
Dia baru grad minggu lepas...Engineer Mechanical..:)


Nurul Badiah Lai

Nurul ni comel dan penulisan dia menarik..cf minat sangat ngan dia..
yang menarik pasal dia adalah :

dear readers..
u are free to take anything here..
i really dont mind if u wanna share or copy my entries or my words..
and you can do it without seeking my approval..
and u can do it without crediting to me..
i really dont mind because all ideas i got..its belong to Allah not mine..

Hati nurul tulus dan ikhlas....

Impian dalam dunia Blog

Cf buat blog bukan untuk trafik atau terkenal...cf cuma nak berdakwah dan sebarkan apa yang boleh disebut ilmu dan pengetahuan..sila2 lah datang blog cf dan berkawan...dunia persahabatan itu indah seandainya ikhlas...betol..heeee...jadikan trafik dan famous tu no 2 okey...

Terima kasih abg Ben buat segmen ni..





Monday, September 26, 2011

Assalamualaikum...

Cf nak join segmen ni...sebab memang dah lama tak join segmen...lagi satu segmen ni sangat special...nak tau sebab apa?

Sebab pemilik blog tu buat segmen ni khas tuk sahabatnya...dan sahabatnya adalah cf sendiri...yang telah kehilangan laptop..huk3...terharu beb...nak tau sape dia blogger tu?memperkenalkan..........

SANTRI NURUL IMAN
http://sun3tpini.blogspot.com/2011/09/1st-segmen-santri-komputer-kesayanganku.html?m=1

Beliau sebenarnya sahabat cf semasa cf belajar di satu sekolah swasta...Santri merupakan seorang pelajar yang cemerlang...ketua pengawas tu...dan cf penolong ketua pengawas...hehehe...

Persahabatan kami dah hampir mencecah lebih kurang 11 tahun...lama kan?santri memang seorangng sahabat yang baik...
kalau nak berkenalan dengan dia gi follow blog dia kat atas tu...berkawan dengan dia anda takkan kecewa..insyaAllah..

Jom join segmen dia...bila korang join, dapatla cf info tuk beli notebook baru...weee

p/s: entry segmen ni tak menepati syarat2 langsung kan..takder citer pasal laptop pun...haha

Sekian,wassalamualaikum.

Friday, September 23, 2011

Assalamualaikum...

Entry ni dari hati....nak jugak tulis walaupun penuh emosi...

"Hati sape yang boleh tenang kalau tengok seorang anak diperlakukan sebegitu rupa...dimana kasih seorang ayah..dia tak layak dipanggil ayah, papa, abi, daddy dan yang sewaktu dengannya la...

Cf memang tak boleh bersabar lagi dengan perangai seorang lelaki ni...cf perlu dedahkan pada semua orang..biar semua tau sifat kebinatangan dia..

Sape yang tak emosi kalau depan mata cf ni dia rogol anak dia...yes!dua biji mata ni nampak...dan dia pukul isteri dia sampai lumpuh...dan jadikan anak dia hamba seks..

Layakkah dia digelar ayah?si anak larikan diri dari rumah....jumpa dengan orang kampung untuk mengadu...tapi betapa malangnya bila anak ni difitnah oleh ayahnya...dan yang tak boleh tahan, jiran dan orang kampung percaya giler dengan ayah jahanam ni!

Akhirnya si anak dipukul dengan lebih kejam dan dirogol lagi...tak sangka manusia sekejam ini wujud di malaysia ni...dia bukan manusia yang duduk kat gua...bukan dari zaman batu...dia educated...jangan terkejut kalau cf katakan dia bekerja sebagai doktor...ya!ini bukan rekaan...kisar benar!"

Kisah benar ini cf alami sendiri...sejak kelmarin...memang membuak rasa marah...anda juga boleh merasai lonjakan emosi ini dengan mengikuti kisah lanjut dalam drama SOFFIYA pukul 7 malam di Tv3...tak caya tengokla...

Hehehe



Wednesday, September 21, 2011


Dapat malam tadi..



Tuesday, September 20, 2011

Assalamualaikum..

Rasulullah bersabda :

"Takutlah kamu kepada Allah dalam urusan wanita, kerana sesungguhnya kamu telah mengambil mereka dengan amanah Allah."(Riwayat Muslim)

Baginda bersabda lagi :

"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya, dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku.Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi."(Riwayat Abu 'Asaakir)

Cf nak citer apa ni?jom baca sini :

Dalam realiti kehidupan kita sekarang dah menjadi adat pompuan keje kat dapur, laki dok goyang kaki bersenang-senang baca paper kat ruang tamu...tu biasa dah tengok kan..yang ni satu lagi, semua keje kat rumah isteri buat..mengemas, jaga anak, bangun malam susukan anak, masak, mop lantai, tanam bunga ( nak bagi rumah berseri kan), hatta basuh keta pun isteri yang buat..di mana suami?bukankah kelihatan sang isteri lebih kuat dan hebat dari suami?

Ini realiti dalam kehidupan sekarang.Alasan "tu sume keje pompuan..tugas suami cari rezeki...(tak semua tapi kebanyakan)

Isteri juga mencari rezeki

Dunia dah maju..zaman dah berubah..zaman sekarang ni kebanyakan isteri juga keluar mencari rezeki..sebab?taraf hidup sekarang dah tak tertanggung dengan hanya suami sahaja bekerja..Jadi sekarang dua-dua bekerja..masih boleh guna alasan ni ke "tu sume tugas isteri..tugas suami cari rezeki je..boleh lagi??

Suami malu menolong isteri

Dayus?ada juga lelaki yang ego dan rasa malu bila kawan-kawan tengok dia tolong isteri jemur kain atau sapu sampah kat umah..sebab? malu jika dikatakan suami takut isteri..kena control la tuu..hah? ada pulak macam tu ke?peliknya..

Kerja rumah tu memang tugas isteri ke?sebenarnya bukan..tugas wajib isteri hanya melayan suami..Kalau suami mampu suami perlu menyediakan pembantu untuk melakukan kerja-kerja rumah tu...kalau tak mampu macamana?sama-sama buatla kan..dah sama-sama kuar cari rezeki...

Sayangi isteri anda

Jangan peduli apa orang kata..bukanlah dayus seorang suami menolong isteri...tetapi anda adalah seorang suami budiman yang mengikut jejak langkah Rasul junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w...kasihanlah pada isteri anda yang kepenatan pulang dari tempat kerja, balik rumah kena pulak masak..layan anak-anak..dah masak kena kemas dapur pulak..dah makan kena basuh pinggan, kemas meja lagi..apa kata kerja tu sume dibuat bersama-sama..bukan ke boleh menambahkan mesra dalam rumahtangga?

Suami adalah raja, isteri pula permaisuri

Sering kita dengar suami adalah raja dalam rumahtangga..perlu dilayan makan, pakai, tempat tidur...isteri?apa kata ubah jadikan "suami adalah raja dan isteri merupakan permaisuri hati" Jadi tak akan ada istilah isteri seorang yang keletihan di rumah.Jarang sekali kita lihat suami melayan isteri seperti permaisuri..ada...tapi tak banyak...betul kan?

Jom kita belajar apa yang Rasulullah Nabi junjungan kita lakukan dalam kehidupan rumahtangga Baginda :

1) Menjahit baju sendiri bajunya

2) Memerah susu

3) Membaiki sendiri sepatunya

4) Membersihkan rumah

5) Menumbuk tepung

6) Menggantikan kerja pembantu sekiranya mereka terlalu penat

7) Membeli barang di pasar

dan banyak lagi...dan yang pastinya kerja-kerja tersebut dilakukan tanpa rasa malu sedikit pun..

Boleh amalkan?pasti boleh kalau ada kemahuan..

p/s :suami cf adalah raja..cf?haruslah bagaikan puteri...wink.wink..:)

Klik bawah untuk share.Terima kasih.



Assalamualaikum...

Najihah...!!! Cikgu Fad nak join!!
hehehe..



Kepada sahabat handai semua..
Yang nak join sama sila klik sini

Buat tatapan pembaca Cf, GA Cik najihah ni
hadiah dia sangat menarik tau.tau..

tak caya??

meh tgk ni...

tadaaaa...lagi?


ini dia....lagi?


hehehe..dan lagi..?


ehem2...agak-agak boleh menang tak?heehe

Sekian, wassalamualaikum.

Monday, September 19, 2011

Assalamualaikum..

"Janganlah menjadikan alasan kerja untuk anda melengah atau meninggalkan solat..Tidak wujud perkara yang lebih utama dalam hidup seorang muslim melainkan solat hatta anda sedang terbaring menanti sakaratulmaut datang menjemput."

"Masalah pasti berlaku bila majikan tidak membenarkan pekerja berhenti sebentar untuk menunaikan solat atau tidak ada tempat yang sesuai untuk bersolat."

"Sebelum berlaku kesulitan, kita sendiri perlu prihatin dalam memilih pekerjaan yang tidak menghalang daripada menunaikan kewajipan kita."

"Ingatlah, Dia yang memberi kita pekerjaan, Dia yang memberi kita rezeki, Dia yang memberi kita kesenangan dan Dia jugalah yang akan menarik semua nikmat dan rezeki sekiranya Dia kehendaki..bila-bila masa sahaja yang Dia mahu..dahulukanlah Dia dalam setiap rutin harian kita...seandainya Dia kehendaki kita MATI saat anda membaca entry ini..maka tidak akan ada satu makhluk pun yang boleh menghalang apa yang dikehendakiNya..

Jika Dia berkata : "Jadilah! lalu jadilah ia..."

Sekian, wassalamualaikum.

Klik bawah untuk share.Terima kasih.





Assalamualaikum...

Selamat pagi dan salam sejahtera...

First time cf update dari samsung galaxy s...tak selesa sebenarnya...tapi tengok abg beben relax je update dari htc dia...huhu...
Arini cf nak citer kisah cf je...anda-anda semua sila jangan bosan...heehe

Pagi yang indah dan dingin seawal jam 6.20 pagi cf meredahi jalan raya untuk sampai ke tempat keje (rutin harian)..cf sememangnya seorang pemandu yang berhemah..bawa keta tak laju sangat pun...keta banyak atas jalan raya...kena berwaspada selalu...

Sambil melayan celoteh kak engku di radio, cf tenang memandu...

Tiba-tiba dalam samar-samar cahaya yang kelam, terlihat kelibat lembaga melintas...hep..hep...cf pasti bukan hantu syaitan...
Dia cumalah seorang wanita yang menyorong basikal di tengah jalan dan telah menyebabkan cf tekan brek mengejut...hon hon!!!!! Cf tekan hon sikit...nasib tak rempuh dia...fuuuhhh!!

Cf bukan apa...dahla cahaya kelam...dia pulak pakai baju gelap...basikal tak berlampu...melintas secara mengejut...lain kali pakailah jaket keselamatan ke..pakai baju kaler ijo ke kan..nampak la sikit batang idung tu..awok tu dahla tak berapa nak cerah...kalo awok dilanggar,hambo jugak yang susah.....

Anda dan saya....berhati-hatilah dan utamakan keselamatan...ingat mengingatkan bukan ke amalan mulia..hehe.

Sekian..wassalamualaikum.

Thursday, September 15, 2011


Aku sendu dalam kelaparan



Kau sendawa dalam kekenyangan


Kan sehati sejiwa camni..heee


Tak baik weh camni...huhu

(Gambar ehsan google)

Baca sini :



Sendu Sendawa


Tidak sempurna iman
Jika kau tidur dalam kekenyangan
Sedang jiran tetanggamu
Menangis kerana kelaparan
~ Al-Hadis ~

Dua kata yang berbeza
Dicantum menjadi satu
Tetap tidak kan sama maksudnya
Berlain sifatnya, nilainya, hikmatnya
Sendu dan sendawa


Adakah kau tahu
Siapakah mereka jiran tetanggamu
Pernahkah engkau melihat
Apakah dalam sendu atau sendawa
Kenalilah dan bertegurlah sapa
Dengan akhlak yang mulia
Hidup berjiran susah dan senang
Suka duka dirasa bersama

Hak tetangga berkenal bermesra
Hak tetangga menggembirakannya
Hak tetangga bertanya khabarnya
Makan minumnya semua

Kenalilah jiran kita
Hormatilah kita sesama kita
Hormatilah jiran kita, bersaudara

Hak tetangga menutup aibnya
Hak tetangga doakan mereka
Hak tetangga menjaga hartanya
Sakit demamnya

Hormatilah jiran kita
Kita sesama kita

Bersaudara ibarat pohon tumbuh merendang
Jadi teduhan musafir lalu
Hujan dan panasnya

Bersaudara ibarat tubuh manusia
Satu anggota terasa sakit
Sakitlah seluruh anggotanya

Lagu : Manis Helma (Hijjaz Records Sdn. Bhd.)
Lirik : ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Penyanyi :Mestica
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
Penerbit : Isman Isam
Program Muzik : Mohar

p/s :Tetangga itu termasuk la kawan blogger, kawan office, kawan sekolah, kawan sekelas okey..:):)

Nak dengar lagu ni klik sini.


Klik bawah untuk share.Terima kasih.
Assalamualaikum...

Selamat pagi semua dan selamat sejahtera..

Pagi-pagi ni buka facebook terpampang wajah dan status dari jejaka yang sudah berkeluarga ini yang menarik perhatian cf...Beliau merupakan salah seorang tenaga pengajar Cf di UKM dan juga Murshid Imam Muda musim kedua..

Keperibadian dan kehebatan beliau bersyarah memang sangat dikagumi oleh cf sendiri dan sesiapa sahaja yang pernah mendengar beliau berhujah.

Kepetahan dalam setiap kata-kata yang keluar dari pengucapan beliau melambangkan ketinggian ilmu yang beliau miliki.

Saksikan sendiri beliau di TV1 malam ni dalam program Forum Perdana Hal Ehwal Islam jam 10 malam bersiaran langsung dari Jeli, Kelantan.


Siapakah hamba Allah itu?Tengok bawah :


Ustaz Mohd Izhar Ariff
(Ust, pinjam gambar kat facebook ye)

Tengok yang ni pulak :






Gambar sekitar Taklimat ajaran sesat di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang semasa cf bekerja sebagai KCA Bahagian Agama dan Kaunseling di situ.Cf dengan bangganya (hehe) telah menjemput pensyarah muda ini menyampaikan taklimat tersebut..



Taklimat tersebut telah dihadiri oleh semua pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.Dan yang paling penting Ketua Polis Daerah Sepang serta timbalannya memuji program yang Cf anjurkan itu dalam mesyuarat mingguan.Ini bermakna beliau berpuas hati dengan taklimat yang disampaikan oleh Ust Cf tu yang menurut beliau jelas dan mantap...

Kalau nak mengikuti perkembangan beliau silalah pergi ke fanpage beliau dan like di sini.


Sekian, wassalamualaikum.


P/s : nak pegi toilet pun sayang nak tinggalkan kelas bila ustaz ni mengajar...

Klik bawah untuk share.Terima kasih.

Wednesday, September 14, 2011

Assalamualaikum...

Arini cf rajin dan puas menjelajah ke blog kawan cf..ada entry ilmiyah, ilusi, pengajaran, kutuk mengutuk, emosi dan mimpi cam Niena ustazah pengembara Ilahi tu..hehe

Apa pun entry yang kita publish, fikirkanlah dahulu apa manfaat yang dapat kita beri pada setiap orang yang membacanya..biar sedikit manfaat asalkan ada...kalau banyak lagi bagus..

Contoh entry mimpi Niena tu..wat cf tersenyum..entry anismelon buat si pencinta berfikir..entry MizzKechique buat kita yang bercinta kembali padaNya..

Anda dan Cf perlu berhati-hati ketika menaip entry baru..Elakkan publish :

  • Entry emosi dan amarah..
Contoh :

" Aku bengang giler la arini!!Menci!menci!menci!suka hati kau sondol-sondol kereta aku..Ingat kereta kau hebat sangat ke?Kereta nenek sedara aku punya pakwe lagi hebat dari kau tau tak?"

  • Entry membuka aib saudara kita
Contoh :

"Semalam depan mata aku makcik gemuk tu jatuh longkang kau tauuuu...dahla dia gemuk...ce ko bayangkan...penuh longkang tu ngan badan dia..hahahahaha ( gelak la banyak lagi...tak baik tau camni )

  • Entry kutuk mengutuk
Contoh :

" Ingat aku heran sangat ke dia kutuk aku?dia kutuk aku pun boleh kutuk dia la....bukan ke Malaysia boleh?ni blog aku, aku punya suka la nak tulis apa..kau nak sibuk apasal?lempang laju-laju kang..( kena lempang gak budak ni ngan Cf nanti..hehehe)


Kalau boleh biarlah entry yang kita wujudkan tu berguna untuk semua yang membacanya..Cf insan biasa gak..kadang-kadang cf pun lalai..kita sama-sama mengingatkan okey...!Bila manusia mati terputuslah semua amalannya kecuali 3 perkara..salah satunya adalah :

Ilmu Yang Bermanfaat

Sudah abis baca, harap amalkan.

Klik bawah untuk share.Terima kasih.

Kalau tak perlukan ini, kita perlu sentiasa bersyukur padaNya

Tuesday, September 13, 2011

Assalamualaikum....

Alhamdulillah pagi ni masih bernafas...sihat dan cerdas...hati pilu membaca kisah tragis kemalangan sahabat Iffah Afeefah..semoga beliau cepat sembuh..nak baca kisah tu klik sini blog beliau http://gula-gulapelangi.blogspot.com/2011/09/part-1-ya-allah.html

Sesuatu yang bermanfaat ingin Cf kongsikan untuk kawan-kawan blogger semua..tunggu apa lagi..baca bawah ni :

Petua menguatkan badan :

  • Makan daging
  • Memakai haruman *tapi untuk perempuan jangan berlebihan ketika keluar rumah..ingat tu!
  • Kerap mandi
  • Berpakaian kemas

Petua menajamkan mata :

  • Memandang benda hijau
  • Duduk menghadap kiblat
  • Bercelak sebelum tidur
  • Berpakaian bersih

Petua menajamkan fikiran :

  • Tidak banyak berbual kosong
  • Rajin dan kerap memberus gigi
  • Bercakap dan berbual dengan orang soleh atau bijak pandai
  • Bergaul dengan para ulamak

Perkara merosakkan badan :

  • Banyak minum air semasa makan
  • Sentiasa cemas
  • Banyak makan makanan masam
  • Banyak bersetubuh

Perkara merosakkan( melemahkan )mata :

  • Memandang najis
  • Melihat orang dibunuh
  • Melihat kemaluan
  • Membelakangi kiblat
sumber : Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood

Selamat beramal...!Klik bawah untuk share di facebook...

Thursday, September 8, 2011

Assalamualaikum...

Sebenarnya sedang mencari-cari idea nak update apa...isu ada..tapi takdok idea nak olah..update blog memang kena ada mood..

Yang buat hati Cf berdebar-debar plak adalah disebabkan announcement kat sekolah ni...sehari adala dekat seploh kali..sabar ni...tengah sabar..haha

Tak tau Cf nape bila dengar suara kuat-kuat ni berdebar-debar hati...tak suka la...dahla butir perkataan yang diumumkan tak jelas...serius i tak suka sebab terlalu banyak kali..huhu

Mungkin dah tiba masanya cf pergi bercuti kot...perlukan ketenangan..kedamaian suasana kat pantai...tasik...sungai..hutan..puncak gunung...bestnya...cam kat bawah ni..


CF rasa kepala sejuk je kalo ada kat tempat camni...



Tengok air biru tu..berkilau-kilau..tergugat laahh...





Yang ni best...manja giler la..cuma dia takley bercakap cam kucing..hehe

Jom la wei gi holiday...

Wednesday, September 7, 2011