Thursday, July 28, 2011



Assalamualaikum...

Ben Ashaari nak buat contest!!

Nak join klik header kat atas.

Setiap yang berlaku dalam hidup kita..
Pasti ada hikmahnya..bersabarlah..

Tata.:):)



Wednesday, July 27, 2011


Rasa nak lari-lari kat situ..




Tuesday, July 26, 2011



Assalamualaikum...

Cepat-cepat cf wat entry sepantas kilat..
sebab masa tinggal 10 minit lagi..
sape nak join klik header abg ben ok..

Jom sama-sama tukar url blog..
:):):)




Monday, July 25, 2011


Assalamualaikum...first sekali kalau nak join klik header kat atas ni..

Aritu dah join segmen kritik ni...nape nak join lagi?alahai..sebab blog cf berwajah baru..

"Kepada anda semua yang datang melawat dan berniat untuk mengkritik blog Cikgu Fad ni, dipersilakan dengan hati yang suka, terbuka, tawa, gembira..."

Dan kepada yang nak jadi kawan cf tu jadi la follower cf dan insyaAllah cf akan membalas kunjungan anda.Betul ni..cf pasti akan datang kalau panjang umoq..heeee..
Mari kita dekatkan yang jauh, mesrakan yang dekat, serasikan bagi yang sudah mesra....

Salam kenal dan selamat kritik mengkritik ya!Tata..:):)



Assalamualaikum...

Cf memang tak berapa selesa dengan chatbox baru kat facebook tu...susah nak tengok sape yang online.korang boleh tak faham dan rasa apa yang cf rasa ni?

Masa blogwalking ujung minggu lepas cf terjumpa kat blog mamat ni tentang cara camana nak tukar balik ke chatbox facebook yang lama tu..ala...blog mamat ni ha..





Ni cara-caranya :

1) Untuk pengguna mozilla firefox

2) Install grease monkey kat sini.

3) Klik kat Add to firefox..dan terus ikut arahan untuk install..pastu bila keluar macam ni :


Terus klik install tu..

4) Restart mozilla firefox korang.

5) Install Facebook sidebar chat reversion kat sini .bila jumpa macam kat bawah ni :



Klik je install tu..

6) Logout facebook korang, tutup firefox dan log in semula..yippie!jadi tak?heeee

Thanks to Haris Kaito..untuk pengguna Google Chrome korang pegi kat blog dia untuk tutorial eh.Klik Header dia kat atas untuk ke blog beliau,

Tata..:):)

Like kat bawah ni untuk share dengan kawan-kawan korang.thanks ya!

Sunday, July 24, 2011

Assalamualaikum..

Kisah ni kena baca :

Seorang lelaki baru selesai basuh kereta, dan bersiap-siap untuk pergi ke kampung kawannya untuk menjamu durian di kebun rakannya itu.sedang dia membuka bonet depan kereta, buka penutup radiator dan memeriksa enjin kereta, tiba-tiba datang seekor kucing jantan dan kencing kat tayar kereta yang dia baru basuh tu.Dengan perasaan marah dia pun mengejar kucing tu dengan maki hamun "kurang ajar punya kucing, suka hati je kencing kat kereta aku..dahla aku baru basuh ".

Dengan perasaan yang masih marah dia pun terus menutup bonet kereta dan tanpa sedar dia terlupa memasang penutup radiator yang dia buka tadi.Dalam perjalanan pergi ke kampung rakan lelaki tersebut enjin keretanya berasap.barulah dia sedar dia lupa tutup radiator yang dia buka tadi akibat marahkan kucing tu..Setelah diperbaiki lelaki tersebut kerugian hampir rm5000.Isteri lelaki tersebut sangat kesal dengan kelalaian lelaki itu yang telah mengakibatkan duit simpanan mereka habis gara-gara kejadian tersebut.

Komen Cf:

"haisy..janganla suka marah-marah dengan binatang.binatang ni mana ada akal macam kita.Jangan la maki hamun kalau binatang susahkan kita.kita pulak yang nampak tak berakal.tapi kena ingat binatang ni ada perasaan.cakap je elok-elok dengan depa ni, insyaAllah depa faham ( tak guna perkataan diorang sebab bukan orang ).





P/s : Ada kalanya Allah bayar cash kesalahan yang kita buat.



Saturday, July 23, 2011

Assalamualaikum

Hari sabtu yang indah dan permai lagi aman ni Cf isi masa dengan edit blog cf.Nampak tak ada kelainan?tak nampak?cuba carik..Cf buat untuk keselesaan tetamu-tetamu cf yang bertandang kat blog ni..biar lebih kemas, ringan dan sedap mata memandang.Blog Kotak Bulat pun berwajah baru jugak.tengok sini:


Hiiijjaaaauuuuu.....

Dan cf buat perubahan pada blog cf pun sama la macam KB.Supaya blogger-blogger datang jengah blog cf ni dengan senang hati sebab keringanan yang ditonjolkan dalam blog ni (ayat ni jangan tiru, cikgu tak ajar ).Cf tak nak blog penuh widget yang tak berguna untuk pengunjung blog.Tengok sini :



lepas ni rajin-rajin la datang sini..


Satu lagi cf dah buang shoutbox kat blog cf.kenapa?ada dua sebab :

1- Sebab ada blogger yang suka tipu la (cf tak suka penipu ).tulis kat shoutbox "Hi dear..done follow u"..tapi mana ada dia follow pun..tak nak follow takpe..bukan cf nak kejar dengan parang pun, tapi tipu tu tak bagus untuk kesihatan.Nak sihat sila baca entry kat label kesihatan sebelah kanan ni (promote sebab baru buat)

2- Cf dah tak nak tetamu cf tinggalkan link kat shoutbox sebab kadang-kadang ada yang hilang.Baik korang tinggal kat profile je ok.Dan terus komen laju-laju lepas baca entry.Lagi satu kadang-kadang ada yang datang terus cari shoutbox dan tinggalkan jejak.bukan baca entry pun.Cf nak antara sesama blogger lebih kenal dengan saling membaca entry sesama sendiri dan komen.Macam tu lebih mesra bagi cf.

Okey la..semoga persahabatan antara sesama blogger akan semakin kuat.



"Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita mesrakan, yang mesra kita serasikan"


Assalamualaikum...

Meh cf nak kongsi petua ni..Cf dah buat memang terbukti kulit cf halus dan mulus..daripada korang dok boring-boring hujung minggu macam cf ni,baik amalkan ni :

Untuk hilangkan daki kat badan :



Goreng beras atau kacang hijau tanpa minyak,
Sampai agak-agak warna dia perang,
Kisar dengan pengisar kering,
Bagi halus sikit ikut keselesaan anda,
Simpan dalam bekas,
Ambil secukupnya semasa mandi,
Boleh guna 2-3 kali seminggu,
Skrub ni tahan 1-2 bulan ( tak busuk )

Untuk hilangkan tumit pecah :

Cf pernah buat entry pasal ni,
Nak baca korang boleh klik sini
Ada pembaca cf bagi respon,
Tumit kaki dia dah elok dan halus.
Cuba la sendiri

Untuk membuang sel kulit mati (muka) :



Ni untuk buang kulit yang kasar,
Boleh cerahkan kulit muka,
Ambil 1 sudu susu tepung,
Gaulkan dengan tomato,
Tepekkan kat muka,
Buat hari-hari,

Orait..buatla semua petua kat atas ni.Biar kulit halus dan mulus ..tgk kat bawah ni hasilnya :



muahahahaha...(sekadar gambar hiasan )

Tata..:):)

Tolong Like bawah sini..jasa anda amat dihargai.thanks ya!

Wednesday, July 20, 2011


Assalamualaikum...
Arini tengah rajin so, nak join contest budak happy2 ni..
Sesapa yang nak join klik la header kat atas tu..
Hadiah menarik tapi cf tak dapat bagitau kat sini..
Sebab blog Alya tak leh nak copy..
Cf ni jenis malas nak taip semula..huhu

Nama Blog :

LUKISAN HATI CIKGU FAD

Nama blog ni dapat idea terus dari Yang Maha Kuasa.hehe..eh! tak tipu la..cf amik ayat kat atas ni wat nama blog sebab apa yang cf tulis kat blog ni berdasarkan apa yang terkandung dalam hati.tapi tak semua cf luahkan..ada la yang kena rahsia (contoh :majuk ngan suami )keh3

Tagline:


WALAU JASAD KITA TERPISAH JAUH,
NAMUN HATI KITA SELALU DEKAT.


Tagline ni cf pilih sebab memang sangat sesuai la dengan blogger kan.kita dok jauh-jauh..kadang tu jumpa pun tak pernah.tapi rasa cam dekat je dalam hati.boleh gelak-gelak dalam kotak komen, padahal mana pernah jumpa kan.

ok..good luck sume...babai


Sape nak join segmen ni sila klik header kat atas ea..
jom la beramai-ramai berkawan-kawan..:):)

"MARI KITA SAMA-SAMA BERKAWAN"
Assalamualaikum.. Macaron oh macaron..geram giler la...dah lama nak post pasal mende ni..tapi terlupa je...

Jangan la kalian salah sangka pasal macaron ni..manis sangat?mana ada..cf makan sedap je..baru beli aritu..sedap..tak manis sangat pun..sedang-sedang je rasa dia...Nak tau tak cf beli kat sape?jeng3x..


http://awinmacarons.blogspot.com/

Aritu masa nak beli kawan satu sekolah cf bagitau, "isy..akk beli macaron ke..manis sangat la kak..tak termakan saya..pening kepala makan benda tu"

tapi beli gak disebabkan terpedaya dengan entry budak becok ni..y
g garang n sore kuat cam cf gak..kat bawah ni :








Nak tau pasal entry macaron eka klik header eka kat atas ni ea..


Ternyata segalanya benar belaka...MACARON AWIN memang sedap...huhu..dah bis dah cf makan..nanti nak order lagi...sebab rumah awin ngan sek cf dekat je...nak citer pasal macaron tak retila..korang klik jela belog cik eka tu ea.....kat bawah ni gambar macaron awin..



psstt...akk curi gambar eka ni...
(akak tak sempat snap gambar macaron akak sebab dah ngap masa dalam keta lagi)

Tata....assalamualaikum.





AAARGGGHHH....Ggeli geleman la tekak cf bila baca benda ni..haisy...nasib cf jarang beli sosej..tapi takut la gak termakan...zaman sekarang ni nak makan pape sume kena hati-hati..berlambak dah benda shubhah kat luar sana...

Pemilihan makanan memang perlu dilakukan dengan teliti dalam zaman sekarang ni.Kadang-kadang logo halal tak membantu umat islam dalam memilih makanan yang halal.Ada yang diragui status halalnya.Kita pun dah selalu baca berkenaan dengan logo halal palsu kan.

Berhati-hati dan bersikap lebih telitilah dalam memilih makanan yang kita makan dan ahli keluarga kita.Memakan makanan yang shubhah atau haram akan memberi kesan kepada jiwa dan hati kita atau anak-anak.Tu yang kadang-kadang ada orang rasa dah betul didik anak, tapi kenapa masih degil dan melawan kata?perhatikanlah dan jagalah makanan anak-anak supaya jiwanya tidak keras dan bersih.

Renung-renungkan dan selamat beramal.:):)



Lapar....:):)

Tuesday, July 19, 2011

Assalamualaikum..
Ini entry kilat sebab takde idea..
Minggu ni sibuk dengan aktiviti luar..
Sampaikan penat nak blogwalking..
rindukan niena pengembara cinta tu...ops!
Buat Niena :

"dah sihat ke?maaf akak dah lama tak melawat awak"

Dan pagi ni ada kejutan pulak..


Kehadiran insan yang cf suka...

Nurul Badiah Lai

Cf suka baca blog dia..
Ayat dia guna selamba..tersusun rapi..
Dan ada pengisian...buat otak kita berfikir..
Gedik?ada yang kata dia gedik..
Tapi gedik dia buat dia comel..
Dia freelance model n lawyer...
Dia fotogenik..gambar2 dia sume cantik..
Nak tengok pegi la kat blog dia..
Klik header dia ni..




Ok..salam jumpa lagi..:):)

Saturday, July 16, 2011



Assalamualaikum...

Cf nak join segmen ni sebab dia melibatkan kata-kata mutiara.

Cara2 dia adalah dengan korang amik mana2 kata2 mutiara atau ayat motivasi letak dalam entry ni.Senang je kan..tak yah la perah2 otak nak karang puisi..google sudah..kata2 mutiara cf adalah :

Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari..Dia datangkan hujan, petir dan kilat..Kita menangis dan mencari kemana sinar matahari..Rupa-rupanya selepas hujan berhenti, Dia menghadiahkan kita pelangi yang indah.

Cf memang suka dengan kata-kata hikmah kat atas ni..dan Cf sendiri memegang kata-kata "Segala apa yang terjadi dalam hidup kita pasti ada hikmahnya"dalam hidup cf.


"Jadilah seperti rama-rama yang hidupnya sentiasa menyebarkan debunga"

Friday, July 15, 2011



Bila sebut sekolah cf terbayang kelas dan cikgu tengah mengajar.

nak join klik la header abg ben tu...

Assalamualaikum...Asyik-asyik join segmen...blog tak update pun...tapi join segmen best apa..dapat kawan baru...hari ni ada la sikit perkongsian tuk anak-anak murid cikgu...

Biasa kan kita pegi blog orang lain..tapi semua blog ke kita follow?pergi fan page orang, kita like tak?kenapa tak nak like? jealous ke sebab dia ada fan page?

Jangan macam tu...tak baik untuk kesihatan jiwa dan raga.Anda kan tau kalau anda follow blog orang apa perasaan blogger tu?takkan la dia tak suka kan.mestila dia happy..sama je kalau anda nampak saban hari follower anda bertambah.happy tak?

Buat hati orang gembira kan dapat pahala...betoi dak ni....kalau betoi apa kata lepas ni follow orang dan like fan page banyak-banyak...

macam blog kat bawah ni..jom follow ramai-ramai.nak tambah pahala tak ni?:):)


Mamat ni baru umur 16 tahun.tapi cuba anda jenguk blog dia, entry dia mantap.sangat berbakat.dah pandai wat bisnes pulak tu.kagum la jugak.cf baru je follow blog dia.tengok follower dia dah beribu.saje cf kongsi sini sebab dia kanak-kanak istimewa (maksudnya berbakat, jangan fikir dia cacat pulak eh)


Blog yang kedua ni milik gadis yang sangat comel nama dia watermelon..tengok kat header dia tu..ada nama dia kan.eh!salah la..anismelon nama dia..sorry anis..sebenarnya dulu mula-mula baca cf memang ingat watermelon..tembikai sedap kan.kan.kan


Blog kat atas ni pulak blog awan nano."begitulah awan nano nano nano nano"..... nama dia cik mimiey.nak tau bape umur cik mimiey ni?pergila jenguk blog dia.


Blog yang ni pulak blog budak ganaz...tak caya ke?nampak je manis tu muka dia..tapi jangan main-main..silap langkah senapang dia atas kepala korang kang...huhu..niena!maap3x..




Blog yang last ni adalah yang paling istimewa.Sebab dia adalah BFF cf..cun tak dia?nama dia pun cun..macam lagu Yasin tuuu..nak kenal pegi la terjah blog dia.

Ok..harini cf rasa rajin sangat nak promote blog kawan-kawan.kan kita semua nak dapat pahala banyak-banyak..mudah je kan nak dapat pahala.buat baik je dengan semua orang.follow je....

Nak follow sila klik header atau gambar kat atas tu ye


ok la..cf ada keje lain nak buat..assalamualaikum..muah!


Wednesday, July 13, 2011


Segmen lagi?yup..bukan susah kan..
join dan dapat kenal ngan blogger lain..:):)

Nama

Fad

Jantina

Perempuan ler..

Umur

29 ( muda lagi..ngeh3 )

Status

Berkahwin - Honeymoon lagi -
(belum ada baby lagi la maksudnya tuu..)

Tempat tinggal

Selangor yang tercinta

Kalau sesiapa nak join sila klik header tia tu eh..
babai...Muah! :):)




Nak join klik gambar Abg Ben tu eh...



Saat kau hadir dalam hidup,
Tiada yang bisa menghalang,
Ia ketentuan dari Ilahi,

Hadir membawa bahagia,
Hadir dengan 1000 cahaya,
Indah dan gundah menjadi satu,

Aku tak pernah lari meninggalkanmu,
Masih disini menyanyikan bait2 indah,
Kelihatan dirimu semakin jauh,

Hati yang terjerat, hati yang terpikat,
Mainan hati yang kau sengajakan,
Dusta yang membuatku alpa,

Kala rindu hadir di balik senja,
Persimpangan itu jauh ku tinggalkan,
Membawa jauh hati yang kau lukakan.

By : Rindiani








Terliur...

Monday, July 11, 2011

Assalamualaikum..

Hari ni Cf nak buat entry tanpa short-form.hehehe...hasil segmen abg ben la ni..adeh..teguran dari DR BEN..
Dr Ben : Cikgu kenalah tulis dengan tulisan sempurna..Bukan short form..
Cf : Baik.........
Cf : hehehehe

Disebabkan teguran Dr tu...cf teringat pulak pasal doktor..bkn "dr" eh...nti kena marah lagi..haha..Baca entry separuh serius ni k..dengan muka sambil senyum..supaya tak pening..:)

"Masa cf belajar kat UKM dulu, ada belajar pasal hukum..antaranya adalah hukum mendapat rawatan dengan doktor lelaki bagi perempuan dan sebaliknya...

Pernah dengar kenyataan macam ni :

"Untuk tujuan perubatan harus bagi seorang wanita muslimah mendapatkan rawatan daripada seorang doktor lelaki dan begitu juga sebaliknya"

Ada juga yang mengatakan harus mendapatkan rawatan dengan doktor yang bukan mahram disebabkan sakit ( darurat).

Apa yang nak cf tegaskan kat sini mengenai darurat tersebut.darurat bukan semudah seperti kenyataan kat atas.

Cuba fikirkan persoalan di bawah ni :

"Katakan pada suatu hari anda sesat di dalam hutan.Dah masuk tiga hari tak makan.Dalam keadan yang tersangat lapar, tiba2 melintas seekor babi hutan.Nampak sedap dan kerana lapar anda tangkap babi hutan tersebut dan anda makan.Ketika itu apakah hukum anda memakan babi tersebut?"
Situasi di atas termasuk darurat atau tidak?

Jawapan :

Keadaan di atas belum dikira darurat.Sebab masih banyak lagi binatang kat hutan tu yang boleh kita cari dan makan untuk alas perut.Contohnya cacing tanah, buah-buahan,malahan siput babi itu lebih baik daripada memakan babi..Kita makan hanya untuk mengalas perut.Jangan kerana kita makan babi disebabkan babi tu lebih gemuk dan banyak daging daripada cacing. ( anda boleh rujuk majalah solusi isu no 32 untuk lebih faham )Demikian jugak permasalahan berkaitan perubatan dan rawatan doktor.

Sememangnya dalam situasi yang darurat umat islam dibolehkan melakukan sesuatu yang dilarang.Dalam bidang perubatan contohnya, jika berlaku kecemasan dan mendesak yang melibatkan nyawa dna kesakitan yang memerlukan rawatan segera dan keadaan tersebut tidak mungkin dapat dihindari dan tiada jalan lain lagi pada waktu itu maka dibolehkan seorang doktor lelaki merawat pesakit perempuan.

Namun haruslah kita faham bahawa situasi darurat itu adalah sesuatu keadaan yang bukan berlaku setiap hari.darurat hanya berlaku sementara dan perlu di isi sekadarnya sahaja.Jika sesuatu yang membuatkan keadaan darurat itu hilang, maka hukum haram itu kembali semula.Di sini cf bagi turutan doktor yang mana lebih afdhal atau lebih utama muslimah pilih.Jika anda faham persoalan memakan daging babi yang cf tulis kat atas tadi, pasti anda akan tahu dan faham dalam mengutamakan turutan doktor seperti di bawah :


a) Doktor perempuan islam

b) Doktor perempuan bukan islam

c) Doktor lelaki islam

d) Doktor lelaki bukan islam

* Kita wajib memilih doktor a.Sekiranya kecemasan dan tiada doktor a, barulah kita boleh menemui doktor b.Begitulah seterusnya mengikut keutamaan seperti di atas.

( Sekarang ni kat negara Malaysia kita yang tercinta ni dah banyak sangat2 doktor lelaki dan perempuan.tiada lagi alasan untuk bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan daripada doktor berlainan jantina )

Pilihan di tangan anda.Tepuk dada, tanyalah iman.Renung-renungkan dan selamat beramal.

Senyum sikit..:)

Kalau ada sebarang soalan tak faham, anda boleh tulis kat ruang komen.InsyaAllah cf akan cuba jawab.


kalau doktor handsome camni, agak-agak tergugat tak iman?
hehehehehe.....

Sunday, July 10, 2011


Arini join segmen cik niena...

dia nak promosi blog..
kalau nak join klik gambar kat atas...

cik niena ni baik tau...
join la..
mesti dia akan promosi blog korang..
terbaek punyer...
hehehe...

ok..kat kampung sekarang ni..
tak leh nak online sangat..
samsung cf wat hal..
charger laptop plak terbakar..
korang online hati2 ea..
online lama2 laptop ley terbakar plak..
haha
babai..salam..
muah!

Saturday, July 9, 2011


Assalamualaikum..

Sakitnya kaki jalan2 hujung minggu..
Blog walking..haha

sambil2 jalan ternampak segmen ni.
sblm ttp lappy nak join la..

nak join klik banner kat atas..

cf nak tag org ni..

mish lollypurp

Azzah

Anis melon

ok,,salam..
muah!

Friday, July 8, 2011


Assalamualaikum..

Setiap hari sbnrnya cf terfikir mati..
takut?memangla..
sape yg ckp xtakut mati tu?

cf takut sbb xtau amalan selama ni diterima x..
Ape pun kita kena fikir gak sama ada
Allah terima x amalan kita..
supaya kita akan mengupgrade amalan kita tiap hari..
jgn syok sendiri je..

Smlm masa drive ujan lebat..
cf terpikir camni..

"kalau la ada banjir kilat kat dpn..
keta aku hanyut..
aku dok dlm keta ni..lemas.."

mak ai..takotnya..
hati berdebar2...sbb takat tu je la amalan cf...

'Baca Seloka Kat Bawah Ni'

wahai kwn2 ku sekalian..

"ingatlah mati tiap masa..
supaya kita xkan terus alpa..
hidup ni cuma sementara..
kita boleh menikmati dunia..
tapi tuk akhirat, apa yg kita sedia?
sbb hanya iman yg bezakan kita"

nak berhibur?boleh..
tp berpada2..
malaikat tgk je kita..
kat kiri dan kanan ada..
mereka setiap masa mencatat amalan kita..
melihat kita lupa pd Tuhan yg maha Berkuasa...
sedangkan nikmat dan peluang sentiasa
diberi oleh Dia...
tp kita yang buat2 lupa...

di akhirat nanti kita akan ditanya..
Quran dan Sunnah di hadapan mata..
xpernah dibaca dan diparaktikkan isinya...
mengapa dibiarkan begitu sahaja?



"selamat beramal"
muah!:):)




Waaa...cantek 2 org gadis kat banner tu..

Assalamualaikum....
Pertama kali cf join GA..

kalo korg nak join klik banner kat atas..
mana tau ada rezki..

hadiah hebat2...
nak tgk hadiah korg ley klik kat bwh ni k...

senarai sponsor :
  1. Scarf Sweethoney
  2. Wirda Azurainie.
  3. Droplet House
  4. Lens Mania
  5. Ayu-Raudhah Shawlstore
  6. Nora Nabella
  7. Applepinkbow
  8. Syafeika Edora
  9. pixel mania
  10. Wan Hazel
  11. Momo Chan Collection
  12. NHL Colloection
  13. Kei Seinchi
  14. Sya Razali
  15. Aimi Craft
  16. Habibi Hamid
  17. Shawl Az
  18. Imann Abdul
  19. Aan Boutique
  20. KZ Nabihah Boutique
  21. Ciktiqz Adamaya
  22. Tri Fa

orait...cf nak tag 3 orang

1) Cik Eka
( sbb dia pakai cntact lens)haha
( ada hadiah cntact lens la )

2) Alya Esperezzo
( kalo menang ley bg hadiah kat akk)

3) Tea
( hehe..tea kena join sbb cf dah tag )
jahat paksa2 org..haha

babai sayang2 sume..muah!
Assalamualaikum

Bergegar blog cf dr smlm lg..
sbb segmen gegar menggegar blog tu ke?
bkn...tu dah syp cket..
ni sbb segmen..

BRO, KASI KRITIK BLOG GUA SKIT BOLEH?

fuh...berpinar2 mata nak bls komen satu persatu ...
dah tgk list kat entry abg beben tu...?
bkn ramai yg join..tp terlalu ramai..huhu

sakit2 bdn byk berjalan...
tp mslh btl la..
nape xley nak follow org..
mula2 ok..
tp dah lama2 tu xley nk follow dah..
nape xley nk follow byk2 dlm sehari..
sblm ni ok pe..

korg ada jwpn ke..

meh jwb kat sini..

sblm komen, layan gambar ni dulu..

asal cik abg senyum gitu....
cf senyum ( sbnrnya bengang ni xdpt follow org)
cf xdpt follow, korg follow la cf..ok kan3...
heeeeee...



Thursday, July 7, 2011


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
kali pertama bg salam lengkap..
ketaq nak kena kritik kot..wakaka..

sape nak join klik sini..

Orait..Cf citer psl blog ni..
Mula wat blog ni sbnrnya tahun 2008..
Tp xaktif..Cf aktif tahun ni la..ujung bln 4..
tu pun xbape aktif sgt..
rasanya bulan 6 n 7 ni baru aktif btl2..
dan br jmp identiti..

skrg rasa dh cukup selesa ngan blog ni..
dah jmp ramai kwn br..
kalau nk kritik psl header ngan background ni..
biar cf jwb dulu..wahaha..
lum siap make over lg..

nak kritik skrg?blh...
tp sopan2 la ea..ea..
xmo garang2..
cf takot ngan org garang...
muahahaha..

ok..sudah...salam kenal..
sayang u all sume yg follow cf..
kita kwn sampai mati kan?
muah!

Wednesday, July 6, 2011

Assalamualaikum











Dah tgk sume gambar2 tu kan..kan..
Skrg ce citer kat Cf betul ke tipu tu..
Confius?mmg la..
Cantek2 gambar ni...