Saturday, April 30, 2011

join lg segmen abg ben..tq abg ben sbb bg sy kenal2 ngan blogger yg ada....bg 5 bintang la kat abg ben ni...

Monday, April 25, 2011


Br beberapa hari follow blog abg Ben ni...

Arini sy nak join ni.....jom la join sama..blh kenal2 ngan blogger2....

Sy pun br je join dunia blog ni..selama ni jd silent reader je...menulis pun best pe...

Ok..selama berjalan2 ni blog2 br sy jmp yg sy suka :

http://www.benashaari.com/
http://ekahafizy.blogspot.com
http://azfar9897.blogspot.com
http://anaraudhah.blogspot.com/
http://peranakanbudu.blogspot.com/

Ni blog lama yg sy suka :

http://effarini.blogspot.com
http://nurulbadiah.blogspot.com
http://honeykoyuki.blogspot.com/
http://suripermai.blogspot.com
http://dindabonda.blogspot.com


ok....skrg..jom undi abg ben....klik sini...ok..nite...ngantok dh ni.....

Sunday, April 24, 2011


Assalam...baca yg ni plak..sumber di ambil dr http://woongjin-coway.webs.com :

Ketahuilah Fakta2 berikut:

Kajian menunjukkan bahawasanya:

Kod 1 yang diperbuat dari bahan PTE atau PET (yang selalunya digunakan untuk bekas minuman ringan atau air mineral) selamat digunakan untuk tempoh 1 kali sahaja. Ia tidak sesuai digunakan berkali-kali kerana akan menggalakkan pengumpulan bakteria pada permukaannya. Tetapi jangan biarkan bekas air ini di dalam kereta pada hari panas terik kerana bahan toksinnya akan terhakis dan masuk ke dalam minuman dan ia tidak sesuai lagi untuk diminum dan jika diminum juga boleh menyebabkan kanser terutamanya kanser payudara

Kod 2 jarang digunakan untuk bekas makanan/minuman. Oleh itu tidak perlu risau tentangnya

Kod 4 selalunya digunakan untuk bungkusan makanan yang akan diguna sekali dan dibuang. Ia tidak akan menimbulkan kesan bahaya tetapi jika digunakan untuk mengisi bahan makanan/minuman yang terlalu panas atau terkena minyak masak yang masih panas, bahan plastiknya boleh meluntur dan masuk ke makanan tersebut.

Kod 5 selamat digunakan dan boleh dipanaskan di Oven microwave tetapi untuk jangkamasa 3 bulan sahaja jika diguna setiap hari. Oleh itu anda harus membuangnya dan gantikan dengan yang baru jika sudah terlalu lama menggunakannya.

KOD MERAH yang MESTI DIELAKKAN samasekali ialah yang bertanda 3, 6 & 7. Bahan kod 7 biasanya diperbuat dari Polycarbonat yang bersifat keras dan lutsinar tetapi mengandungi BPA atau Bisphenol-A yang merbahaya kerana ia bersifat karsinogenic dan boleh menyebabkan Kanser terutamanya Kanser Payudara. Kod 3 & 6 mengandungi BPA serta bahan kimia lain yang juga boleh memberi kesan yang sama

Kajian di Amerika Syarikat telah mendapati 95% dari sampel air kencing orang dewasa, ibu mengandung, kanak2 & bayi yang diambil mengandungi bahan BPA ini. Plasenta ibu yang mengandung juga dikesan bahan bahaya tersebut. Bahan Bisphenol-A (BPA) ini boleh merosakkan sistem reproduktif, mengubah kadar pertumbuhan bayi dan merosakkan organ tubuh, meninggikan risiko kanser payudara, kanser testicular, atau prostrate kadar sperma yang rendah, keguguran, kegemukan, diebetis & tekanan darah tinggi. Sayang sekali, bahan ini terdapat di kebanyakan botol2 susu bayi yang ada di pasaran dan pihak berkuasa di Malaysia masih belum membuat apa-apa kenyataan atau tindakan terhadap perkara ini walaupun pihak USRDA yang bereputasi serta menjadi rujukan sedunia telah mengesahkan fakta ini.

So, kita kena bertindak sekarang. Jangan guna plastik kod 1 berulang kali, jangan guna kod 5 dalam tempoh yang terlalu lama. Yang lebih penting, JANGAN GUNA LANGSUNG KOD 3, 6 & 7. Cara yang terbaik ialah dengan menggantikan dengan bekas yang diperbuat dari kaca atau seramik yang lebih selamat.

p/s : kita xtau bila dan pada siapa penyakit tu akan dtg...berhati2 dan bertindak lah skrg..bkn hanya pada bekas makanan, makanan yg masuk dlm badan kita juga hendaklah halalan thoyyiban....maksudnya makanan yg baik,sihat dan halal...kita amalkan sama2...tegur sy jika sy terlupa..

Assalam..

arini sy sibuk ajak suami gi pasaraya cari botol air tuk sy bw gi keje...sedang belek2 botol air mana yg sy suka..

Abg : ayg kena pilih botol yg ni..kan btl plastik ada bpa.bahaya...

Ayg : xnak la..susah nak bw.xde pemegang kat atas btl tu.

Abg : xnak caya abg ckp, amik yg ni....( sambil tunjukkan btl yg kurg sy berkenan)

Ayg : yg ni ok x..kecik n cantik..

Abg : ok..( sambil tersenyum ) sbb dia tau sy ni degil orgnya..huhu

balik umah br terfikir pe yg suami ckp kat pasaraya td...disebabkan sy ni agak mementingkan soal kesihatan, sy pun google pe yg suami ckp tu..sbb sy pun ada terbaca ttg bahaya btl susu yg ada bahan bpa ni..hasilnya sy jumpa kat blog dr zubaidi berkenaan bahaya botol plastik...fuh..rupa2 nya bpa ni bahan kimia yg bahaya tuk kita..sy terus ckp kat suami rugi beli btl air td....xnak guna la..tu la...degil ckp org tua...hi3..xpe..gelak la..sy mmg degil pun..haha

bukan pd btl susu baby je bahaya bahan kimia tu...sume bekas plastik ada tanda biasanya kat bahagian bwh ..sblm beli bekas plastik harap anda cek angka pe yg tertulis kat bekas tu ok...

meh baca bwh ni..info di ambil dr http://drzubaidi.com/blog/

Bisphenol A (BPA) adalah unsur bahan utama bagi pembentukan botol plastik polycarbonate. Ia digunakan kerana tahan lebih lama, berwarna jernih dan tahan haba. Selain digunakan untuk membuat botol plastik, ia juga digunakan dengan meluas dalam pembuatan barangan mainan kanak-kanak.

Oleh kerana BPA adalah unsur kimia yang tidak stabil, ia boleh terurai keluar dari botol susu bayi apabila ia dipanaskan berulangkali, atau membasuh botol dengan air panas atau memakai botol yang sama pada waktu yang lama.

Walaupun masih belum ada kajian yang terperinci mengenai kesan BPA terhadap kesihatan manusia, namun banyak kajian telah membuktikan bahawa BPA telah memberikan kesan negatif pada kesihatan haiwan yang diuji.

Dos (µg/kg/day)

Kesan pada haiwan ( tikus dalam makmal) yang diuji

0.025

Kerosakan kekal pada saluran kencing

0.025

Perubahan dalam tisu payudara yang membawa kepada kanser payudara

1

Risiko yang tinggi untuk mendapat kerosakan ‘kesuburan’ dan menjadi kanser pada sistem pembiakan.

2

Menambahkan berat kelenjar prostate sebanyak 30%

2

Mempercepatkan akhil baligh dan merangsangkan kemahuan mencari pasangan hidup dan menikmati seksual

2.4

Mengurangkan hormone testosterone pada tikus jantan

2.5

Meningkatkan risiko kanser payudara

10

Sel prostate lebih berisiko menjadi kanser.

10

Mengurangkan sifat keibuan

30

Menukarkan kelakuan dan sifat jantina dalam otak eg lelaki bersifat seperti perempuan, perempuan bersifat seperti lelaki

50

Merosakkan saraf

50

Menyebabkan tiada telur ova yang dihasilkan dari kelenjar ovari

Ini membuktikan bahawa kesannya terhadap kesihatan masih besar. Ada sesetengah ahli saintis mengatakan haiwan yang diuji mempunyai kadar perkumuhan lebih perlahan berbanding dengan kadar perkumuhan manusia yang pantas lalu menyebabkan perkumpulan luar biasa sisa BPA terhadap tubuh haiwan itu. Namun saya menolak hujah ini.

Mungkin golongan saintis ini terlupa bahawa bayi dan kanak-kanak juga mempunyai kadar perkumuhan yang rendah. Mereka sangat mudah mendapat kesan buruk BPA kerana banyak organ perkumuhan mereka (buah pinggang) yang belum matang. Pengumpulan bahan sisa BPA tentunya memberikan kesan yang negatif.

Satu kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat pada 2009, telah mengesan secara purata sebanyak 2.8 ng/mL BPA dalam darah yang diambil pada 9 dari 10 talipusat bayi yang baru dilahirkan.

Di Malaysia, satu kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaya menunjukkan terdapat bukti penghuraian BPA dari botol susu ke dalam susu yang diminum oleh bayi. Sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu dianalisa dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi sisa BPA dalam julat 0.1 hingga 0.7 mg/kg.

Kajian itu juga memberitahu kadar penghuraian ini berlaku sebanyak tujuh kali ganda pada suhu lapan puluh darjah selcius, berbanding pada suhu bilik 25 darjah selsius. (Harian Metro, 15 Mac 2011)

Pada tahun 2009, Journal Environmental Health Perspectives 117 (11): 1639–1643, Gary Ginsberg dan Deborah C. Rice, menulis dalam artikel bertajuk Does Rapid Metabolism Ensure Negligible Risk from Bisphenol A?” memberitahu satu kajian yang dijalankan pada rakyat Austrian, Swiss dan Jerman, botol susu bayi yang diperbuat dari polycarbonate yang mengandungi BPA adalah sumber utama pendedahan bahan itu kepada kanak-kanak.

Satu laporan yang diterbitkan di TIME Magazine pula, bertajuk “The Perils of Plastic” memberitahu BPA terdapat dalam 93% air kencing wanita Amerika yang diuji. Ini sesuatu yang memeranjatkan kerana sisa BPA bukanlah unsur semulajadi dalam tubuh kita. Ia menggambarkan betapa kroniknya masalah ini.

Struktur BPA menyerupai hormon semulajadi estrogen. Bayangkan jika terlalu banyak pengumpulan sisa BPA yang menyerupai fungsi estrogen. Ini akan memberikan kesan negatif pada tubuh bayi, kerana mengganggu keseimbangan hormone yang diperlukan bagi pertumbuhan fizikal.

Ia juga telah menyebabkan perkembangan yang tidak normal bagi perkembangan jantina. Kanak-kanak lelaki akan mempunyai lebih sifat ’perempuan’ kerana sistem hormon lelaki yang terganggu sementara kanak-kanak perempuan pula akan cepat mencapai akhil baligh dan mempunyai perasaan untuk cepat mencari pasangan dan menikmati seks..

BPA juga dikaitkan dengan risiko yang tinggi bagi penyakit kanser payudara, ovari dan prostate. Ia juga dikatakan menyumbang faktor bagi penyakit Attention Hyperactivity Disorder (ADHD) yang menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif.

Apabila memanaskan makanan dari bekas makanan yang diperbuat daripada plastik polycarbonate dan meminum air dari botol yang diperbuat dari BPA, ibu yang hamil telah mendedahkan janin yag dikandungnya kepada BPA.

Oleh kerana terlalu banyak kesan negatif BPA kepada kesihatan dan kesejahteraan manusia, pada October 2009, sekumpulan 33 saintis yang telah mengkaji BPA menghantar surat kepada badan yang mengawal ubat dan makanan di Amerika Syarikat (FDA US) mengatakan bahawa kerajaan Amerika Syarikat tidak perlu membuangkan duit dan masa lagi dengan mengkaji BPA, kerana kesan negatifnya telah nyata dan BPA harus diharamkan.

Sebanyak lebih 900 kajian telah dijalankan dan diterbitkan dalam jurnal dan sekurang-kurangnya 80 peratus daripadanya menyatakan BPA menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan manusia.

Jadi apa pilihan yang kita ada untuk menjaga kesihatan anak kita? Cara terbaik ialah dengan menyusukan anak dengan susu ibu secara terus. Bagi ibu yang bekerja, amalan menyimpan susu ibu dalam botol plastik juga mendedahkan bayi pada kesan negatif BPA.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengharamkan penjualan botol susu yang mengandungi BPA pada 1 Mac 2012 dan dilakukan secara berperingkat. Ini selaras dengan peraturan 27 Akta Makanan 1985 yang mengharamkan penggunaan bungkusan berbahaya dalam industri makanan.

Oleh itu sehingga tarikh itu, penjualan botol susu yang mengandungi BPA masih berada di pasaran. Nasihat saya jika terpaksa menyusukan bayi dengan susu formula, elakkanlah menggunakan botol plastik. Pilih botol susu bayi yang diperbuat dari kaca.

Jika terpaksa juga mencari botol plastik, pilihlah botol yang tidak diperbuat dari plastik polycarbonate BPA. Lihat pada label ‘kitar semula’ yang tertera di bawah botol susu. Kebanyakan polycarbonate plastic dilabelkan dengan nombor “7” dalam label ‘kitar semula’ itu.

Tanda ‘recycle’ berbentuk segitiga dan mempunyai tiga anak panah yang mengelilingi suatu nombor. Secara amnya plastik yang ditandakan dengan nombor 1,2,4,5, dan 6 tidak mengandungi BPA. Manakala yang ditandakan dengan nombor 3 dan 7 mengandugi BPA.

Apabila menggunakan botol susu plastik, cuba elakkan dari membasuh botol menggunakan air panas atau sabun berulang kali. Cukup dengan membasuh dengan air paip yang mengalir.

Wanita yang hamil seharusnya mengurangkan memakan makanan yang telah ditinkan, meminum air dari botol plastik, atau memakan makanan terus dari bekas plastik. Bekas kaca dan aluminium adalah yang paling selamat.